Pencapaian Visi, Misi dan Objektif Perniagaan yang Dipilih

 
3.8

Pencapaian Visi, Misi dan Objektif  Perniagaan yang Dipilih

 
  • Pencapaian visi, misi dan objektif perniagaan boleh dinilaikan berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan semasa menghasilkan visi, misi dan objektif perniagaan.
  • Antara kriteria penilaian yang boleh digunakan menilai ialah titik pulang modal, pertumbuhan perniagaan, memaksimumkan keuntungan, daya saing, syer pasaran, jualan dan penyediaan perkhidmatan.
 
  • Pembentukan visi yang tepat dan baik ialah visi yang mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan misi dan objektif yang menyeluruh bagi semua peringkat pengurusan organisasi perniagaan.
  • Pencapaian visi organisasi perniagaan bergantung kepada analisis penilaian faktor dalaman dan faktor luaran sesebuah organisasi perniagaan yang juga dikenali sebagai analisis SWOT.
  • Organisasi perniagaan berkemampuan memadankan kekuatan dan peluang yang dihadapi oleh organisasi perniagaan berbanding dengan kelemahan dan ancaman yang dihadapi oleh sesebuah organisasi perniagaan.