Menetapkan Maksud Visi, Misi dan Objektif Perniagaan

 
3.1 Menetapkan Maksud Visi, Misi dan Objektif Perniagaan
 
  • Setiap organisasi perniagaan perlu mempunyai visi, misi, dan objektif yang selari dengan jenis perniagaan.
  • Visi, misi, dan objektif (VMO) merupakan unsur utama perancangan strategik yang menetapkan hala tuju organisasi untuk mencapai kejayaan dan memacukan kelangsungan perniagaan dalam jangka panjang.
  • Ketiga-tiga unsur perancangan (VMO):
  • ini dijadikan panduan dalam pengurusan organisasi dalam membuat keputusan dan tindakan perniagaan.
 
 Gambar menunjukkan visi yang Merupakan falsafah pengwujudan organisasi, Penting untuk membuat keputusan dan tindakan bagi memastikan hala tuju perniagaan berada dalam landasan yang tepat, Melibatkan fokus masa hadapan dan perancangan jangka panjang, Contoh : visi sebuah suatu syarikat pengeluar buku ialah 'Kami beraspirasi untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi'
 
MISI
 
  • Merupakan satu pernyataan ringkas tentang matlamat utama penubuhan organisasi
  • Dibentuk sebagai ketetapan dalam melakukan aktiviti perniagaan untuk mencapai matlamat
  • Contoh : misi bagi suatu syarikat pengeluar buku ialah 'Kami akan berusaha secara berterusan untuk menjadi penerbit buku terulung dalam negara dan memenuhi permintaan semua lapisan masyarakat di Malaysia '
 
OBJEKTIF
 
  • Merupakan pernyataan khusus tentang bagaimana visi dan misi akan dicapai

  • Membantu organisasi mencapai matlamat dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang

  • Contoh : objektif bagi suatu syarikat pengeluar buku ialah 'Kami akan menerbitkan sekurang kurangnya 75 judul buku ilmiah dan 720 judul buku bukan ilmiah setiap tahun untuk lima tahun bermula dari tahun 2017 hingga 2027