Kesan kepada Perniagaan Akibat Kegagalan Mencapai Matlamat dan Objektif

 
3.6 Kesan kepada Perniagaan Akibat Kegagalan Mencapai Matlamat dan Objektif
 
 

Keadaan persekitaran dalaman dan luaran perniagaan yang sentiasa berubah boleh mempengaruhi
pencapaian matlamat dan objektif perniagaan.

 
Kegagalan mencapai matlamat dan objektif boleh memberi kesan negatif kepada perniagaan, iaitu:
  • jualan merosot ;
  • tidak mampu membayar kos perniagaan;
  • gagal dalam persaingan;
  • imej perniagaan terjejas;
  • tidak mampu mengembangkan perniagaan.
 
Antara langkah-langkah yang boleh digunakan oleh sesebuah perniagaan untuk mengatasi masalah kegagalan mencapai matlamat dan objektif ini ialah:
  • mengurangkan kos;
  • menurunkan harga produk;
  • mempelbagaikan produk yang ditawarkan;
  • mengurangkan pembayaran dividen kepada pemegang saham;
  • menggunakan kaedah atau teknologi baharu dalam pengeluaran;
  • menyemak semula matlamat perniagaan.