Faktor yang Mempengaruhi Perubahan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan

 
3.7

Faktor yang Mempengaruhi Perubahan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan

 

Analisis SWOT

  1. Faktor dalaman
    • Sumber manusia
    • Kewangan
  2. Faktor luaran
    • Ekonomi
    • Sosiobudaya
    • Teknologi
    • Undang-undang
 
  Kekuatan Persekitaran Dalaman  
  Bermaksud sumber unik yang dimiliki oleh perniagaan yang boleh digunakan untuk mencapai visi, misi dan objektif sesebuah perniagaan  
     
 
  Kelemahan Persekitaran Dalaman  
  Merupakan halangan dan ketidakmampuan bertindak dengan baik dalam menyumbangkan pencapaian visi, misi dan objektif perniagaan  
     
 

Sumber Manusia

  • Dalam aspek sumber manusia, setiap pekerja akan menjalankan tugas mengikut peringkat pengurusan, iaitu pengurusan atasan, pengurusan pertengahan dan pengurusan bawahan.
  • Setiap pekerja akan menyumbangkan tenaga dan kepakaran berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Kekuatan dan kelemahan dalam aspek ini bergantung pada tahap kuantiti dan kualiti pekerja.
 

Kewangan

  • Kewangan merupakan satu fungsi perniagaan yang berkaitan dengan sumber kewangan yang boleh diperoleh dan bagaimana wang tersebut dibelanjakan.
  • Pengurusan kewangan membantu perniagaan dan membelanjakan wang dengan cekap.

Contoh sumber kewangan

  • Modal Usahawan 1Malaysia (MUS1M-i)
  • Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB)
  • Dana Usahawan Muda (YEF)
 
Ekonomi
 
 

Dasar Kewangan

  • kerajaan yang berkaitan dengan sumber kredit, kadar faedah dan penawaran wang untuk mengawal ekonomi.
  • Polisi kewangan boleh mempengaruhi hala tuju perniagaan termasuklah perancangan dalam visi, misi dan objektif.
 

Dasar Fiskal

  • Melibatkan tindakan pihak kerajaan dalam mengawal keadaan ekonomi melalui perubahan kadar cukai dan perbelajaan kerajaan.
 

Sosiobudaya

  • Setiap kaum membentuk amalan dan cara hidup tersendiri.
  • Hal ini seterusnya akan mempengaruhi pembelian sesuatu produk yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan
  • Oleh itu, perniagaan perlu mengambil kira faktor pelanggan dalam penetapan visi, misi dan objektif sesebuah perniagaan.
 

Teknologi

  • Bagi membolehkan perniagaan berdaya saing, perniagaan perlu mendapatkan dan menggunakan teknologi terkini.
 

Undang-undang

  • Untuk perniagaan yang menjalankan operasi di luar negara, penetapan visi, misi dan objektif adalah berbeza dengan operasi perniagaan tahap domestik.

  • Perniagaan tempatan yang beroperasi di luar tertakluk pada undang-undang luar negara yang berbeza antara negara.

  • Oleh itu, cabaran perniagaan lebih besar kerana perlu berhadapan dengan undang- undang yang berbeza dari pelbagai negara.

  • Faktor undang-undang sentiasa berubah ekoran tindakan kerajaan menggubal undang- undang dari semasa ke semasa.

  • Oleh itu, perniagaan juga perlu melihat suasana ini dengan mengubah suai visi, misi dan objektif perniagaan.