Ciri-ciri Objektif Sesebuah Perniagaan

 
3.3 Ciri-ciri Objektif Sesebuah Perniagaan
 

Objektif sesebuah organisasi sama ada berbentuk perniagaan atau bukan perniagaan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:
1. objektif jangka pendek
2. objektif jangka panjang

 

Setiap objektif ini perlu memenuhi unsur SMART berikut:

1. Spesifik (Specific) (S)

  • Pernyataan objektif hendaklah dinyatakan secara khusus dan boleh diukur secara kuantitatif, iaitu dalam bentuk angka, nombor, masa, dan wang ringgit.

2. Boleh diukur (Measurable) (M)

  • Objektif yang ditetapkan boleh diukur secara kuantitatif dan kualitatif serta boleh dibandingkan dengan pencapaian pada sebelum dan selepas sesuatu aktiviti perniagaan dilaksanakan .

3. Boleh dicapai (Attainable) (A)

  • Sesuatu objektif yang ditetapkan hendaklah berdasarkan sasaran yang boleh dicapai.

4. Munasabah (Realistic) (R)

  • Sesuatu objektif yang ditetapkan haruslah munasabah dan perlu mengambil kira beberapa faktor seperti sumber manusia dan kewangan dalam organisasi.
  • Justeru, objektif yang ditetapkan itu tidak mustahil untuk dicapai.

5. Jangka masa (Time frame) (T)

  • Penentuan objektif perlu ada penetapan jangka masa yang perlu dicapai.
  • Contohnya, setahun, tiga tahun, atau lima tahun.