Menghasilkan Visi, Misi dan Objektif bagi Perniagaan Tertentu

 
3.5 Menghasilkan Visi, Misi dan Objektif bagi Perniagaan Tertentu
 
Indikator perniagaan yang boleh digunakan untuk mengukur prestasi perniagaan
 

(a) Titik pulang modal

  • Merupakan kaedah yang digunakan oleh perniagaan untuk merancang dan mengetahui hasil yang diperoleh bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung.
  • Pada titik ini, perniagaan balik modal, iaitu tidak mendapat untung dan juga tidak rugi.
  • TPM penting kerana dapat membantu perniagaan mengetahui sama ada perniagaan dapat terus beroperasi atau tidak serta kebolehan perniagaan untuk terus kekal dalam pasaran.
 
\(\text{TPM}=\dfrac{Kos\,Tetap}{Harga - Kos\,Berubah\,seunit}\)
 

(b) Pertumbuhan perniagaan

  • merujuk kepada hasil yang semakin meningkat dari semasa ke semasa dan
  • seterusnya mendatangkan keuntungan perniagaan .
  • Untung ini boleh digunakan untuk membuka cawangan baharu dan
  • membesarkan perniagaan sedia ada.
 

(c) Memaksimumkan keuntungan

  • berupaya mengunakan sumber-sumber perniagaan
  • seperti bahan mentah, modal, modal insan, dan teknologi dengan cekap.
  • Penggunaan sumber dengan cekap dapat meminimumkan pembaziran serta kos pengeluaran dan
  • hal ini dapat memaksimumkan keuntungan dalam jangka panjang.
 

(d) Daya saing

  • merujuk kepada kemampuan perniagaan terus kekal dalam industri berbanding dengan para saing.
  • Antara faktor yang menentukan daya saing dan kemampuan bertahan organisasi perniagaan dalam sesuatu industri ialah:
    • kewangan;
    • jaringan;
    • sumber manusia;
    • pemasaran;
    • teknologi.
 

(e) Syer pasaran

  • merujuk kepada bahagian atau peratus penguasaan jumlah pengguna yang membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan dalam pasaran berbanding dengan pesaing dalam industri yang sama,
  • contohnya industri kereta.
    - Jika menguasai syer pasaran,
    - maka perniagaan berkenaan boleh menjadi pemimpin dan berkemampuan
    - untuk terus kekal dan meraih keuntungan yang lebih besar dalam jangka masa panjang.
 

(f) Jualan

  • melalui urus niaga jual beli antara penjual dengan pembeli, penjual akan memperoleh keuntungan
  • sementara pembeli mendapat kepuasan daripada penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan.
  • Penjual boleh menggunakan pelbagai campuran promosi seperti jualan murah, diskaun harga, sampel, dan peraduan untuk menarik dan memujuk pengguna membeli barang dan
 

(g) Penyediaan perkhidmatan

  • untuk menarik minat pengguna agar membeli barang dan perkhidmatan,
  • perniagaan pada masa kini menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti:
    1. pembelian atas talian;
    2. penghantaran barang ke rumah;
    3. kemudahan pembayaran;
    4. membaik pulih barang rosak.