Perbandingan Visi, Misi dan Objektif Beberapa Perniagaan yang Berbeza

 
3.2 Perbandingan Visi, Misi dan Objektif Beberapa Perniagaan yang Berbeza
 
  • Visi, misi, dan objektif (VMO) organisasi bermotif untung (OBU) adalah berbeza daripada VMO organisasi bukan bermotif untung (OBBU) dan pertubuhan sukarela .
 

OBU

  • biasanya ditubuh dan dikawal oleh pihak swasta
  • untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
  • untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
  • VMO organisasi jenis ini bertujuan memaksimumkan keuntungan bagi pemilik.
  • OBU didaftarkan di bawah Pendaftar Perniagaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
 

OBBU

  • terdiri daripada persatuan, kelab, pertubuhan,dan yayasan

  • yang menjalankan perniagaan dengan matlamat utama

  • untuk menjaga kebajikan ahli, masyarakat, dan memberikan perkhidmatan kepada orang ramai.

  • OBBU didaftarkan dengan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) adalah berbeza dengan pertubuhan sukarela.

  • Pertubuhan sukarela merupakan organisasi yang menjalankan aktiviti secara sukarela dengan masyarakat menjadi pelanggan utama.