Tujuan Penetapan Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan sebagai Panduan Perniagaan

 
3.4 Tujuan Penetapan Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan sebagai Panduan Perniagaan
 

Visi dan Misi

  • dapat membantu sesebuah organisasi mencapai matlamat penubuhannya dalam jangka panjang.
 

Penepatan objektif

  • jangka pendek dan jangka panjang
  • yang selari dengan visi dan misi
  • membantu dalam mencapai perancangan strategik organisasi.
 

Visi

  • merupakan komponen pengurusan strategik dan untuk mencapainya
  • mengambil masa sekurangkurangnya lima tahun.
  • Hal ini boleh mendorong semua pihak yang terlibat memahami dan bekerjasama
  • serta bertindak berdasarkan tanggungjawab dan peranan masing-masing.
 

Misi

  • dibentuk selepas penetapan visi
  • merujuk kepada aktiviti yang dijalankan oleh organisasi perniagaan pada masa ini.
  • bertujuan memudahkan pihak pengurusan mengagihkan sumber
  • seperti bahan mentah, sumber manusia, dan kewangan secara cekap dan berkesan kepada bahagian dan unit perniagaan
  • agar mencapai matlamat yang ditetapkan.
 

Pernyataan objektif

  • akan menjelaskan perkara yang perlu dicapai dan ia perlu selaras dengan pembentukan visi dan misi organisasi
 

Objektif

  • merupakan asas kepada pencapaian visi dan misi.
  • Sesuatu objektif mestilah - SMART:
    - spesifik,
    - boleh diukur,
    - boleh dicapai, munasabah,
    - ada jangka masa.