Pembubaran Perkongsian

 
4.4

Pembubaran Perkongsian

 
Sebab-sebab Pembubaran Perkongsian
  • Kematian, muflis atau pekongsi tidak siuman
  • Tempoh tamat
  • Tujuan penubuhan tercapai
  • Perintah mahkamah
  • Pertukaran entiti perniagaan kepada syarikat
  • Persetujuan oleh semua pekongsi
 
Tatacara Pembubaran Perkongsian
  1. Menutup semua Akaun Aset kecuali Akaun Bank dan Akaun Tunai (aset perlu dijual atau diambil alih oleh pekongsi)
  2. Menjelaskan semua liabiliti perniagaan.
  3. Perkongsian membayar kepada pekongsi atau pekongsi membayar kepada perkongsian mengikut baki dalam Akaun Modal dan Akaun Semasa
  4. Membatalkan nama perkongsian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
 
Langkah 1 Merekod Pembubaran Perkongsian Dalam Jurnal Am
 
Langkah 2 Merekod Pembubaran Perkongsian Dalam Jurnal Am
 
Langkah 3 Merekod Pembubaran Perkongsian Dalam Jurnal Am
 
Merekod pembubaran perkongsian melibatkan pembukaan akaun sementara iaitu Akaun Realisasi.
 
Fungsi Akaun Realisasi
  • Membahagikan keuntungan atau kerugian atas pembubaran.
  • Merekod semua aset yang dijual atau diambil alih.
  • Menghitung keuntungan atau kerugian atas pembubaran.
 

Format Akaun Realisasi:

 

Lazimnya Akaun Modal mempunyai baki kredit. Namun begitu, terdapat situasi Akaun Modal Pekongsi berbaki debit. Perkara ini berlaku bagi perkongsian yang merekod modal menggunakan Kaedah Modal Berubah.

 
Sebab Akaun Modal Berbaki Debit
  • Modal yang disumbangkan pekongsi adalah rendah.
  • Ambilan yang berlebihan.
  • Rugi realisasi melebihi baki kredit Akaun Modal pekongsi.
  • Nilai aset yang diambil alih terlalu tinggi.
 
Apabila Akaun Modal berbaki debit, ini menunjukkan berlakunya kurangan dalam Akaun Modal Pekongsi. Dalam hal ini, pekongsi perlu membawa masuk tunai tambahan untuk menampung kurangan tersebut.