Ekuiti Pemilik dan Penyata Kewangan Perkongsian

 
4.3

Ekuiti Pemilik dan Penyata Kewangan Perkongsian

 

Ekuiti pemilik bagi perniagaan perkongsian terdiri daripada:

  1. Akaun Modal
  2. Akaun Semasa
 
  Akaun Modal  
  Akaun yang menunjukkan modal yang disumbangkan oleh pekongsi-pekongsi, iaitu modal awal dan modal tambahan.  
     
 
  • Akaun modal disediakan secara berasingan bagi setiap pekongsi
  • Jumlah modal yang disumbangkan oleh setiap pekongsi akan direkodkan di bahagian kredit Akaun Modal pekongsi.
  • Format Akaun Modal pekongsi:

 
  Akaun Semasa  
 

Menunjukkan tuntutan perkongsian terhadap pekongsi dan tuntutan pekongsi terhadap perkongsian.

 
     
 
  • Akaun Semasa disediakan secara berasingan bagi setiap pekongsi.
  • Butiran-butiran yang terdapat dalam akaun Pengasingan Untung Rugi juga akan dipindahkan ke dalam Akaun Semasa Pekongsi.
  • Debit Akaun Semasa - Tuntutan perkongsian terhadap pekongsi.
  • Kredit Akaun Semasa - Tuntutan pekongsi terhadap perkongsian.
  • Format Akaun Semasa pekongsi:

 
Kaedah penyediaan Akaun Modal Pekongsi
  1. Kaedah Modal Berubah
  2. Kaedah Modal Tetap
 
Kaedah Modal Berubah
  • Akaun Semasa tidak perlu disediakan untuk pekongsi.
  • Semua item yang berkaitan dengan pekongsi akan direkodkan ke dalam Akaun Modal seperti di bawah:

 
Kaedah Modal Tetap
  • Akaun Modal dan Akaun Semasa perlu disediakan.
  • Hanya modal yang disumbangkan akan direkodkan ke dalam Akaun Modal termasuk modal tambahan.
  • Baki Akaun Modal Pekongsi tidak berubah kecuali terdapat modal tambahan.
  • Semua item yang berkaitan dengan pekongsi akan direkodkan ke dalam akaun semasa pekongsi kecuali item yang terdapat di dalam Akaun Modal.
  • Format Akaun Modal dan Akaun Semasa pekongsi adalah seperti berikut:

Merekod Faedah atas Pinjaman
  • Faedah atas pinjaman didebitkan ke Akaun Untung Rugi kerana dianggap sebagai belanja operasi perniagaan.
  • Faedah atas Pinjaman yang belum dibayar akan direkodkan di bahagian kredit Akaun Semasa pekongsi.
 
Penghasilan Penyata Kewangan Perkongsian
  • Kaedah penyediaan Penyata Kewangan perniagaan perkongsian sama seperti penyediaan penyediaan Penyata Kewangan milikan tunggal kecuali bagi perniagaan perkongsian, Akaun Pengasingan Untung Rugi perlu disediakan.
 

Akaun perdagangan

Akaun Pengasingan Untung Rugi

Penyata Kedudukan Kewangan

 
  • Format Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi bagi perniagaan perkongsian dan perniagaan milikan tunggal adalah sama.
  • Bagi perkongsian, setelah untung bersih diperoleh daripada Akaun Perdagangan dan Untung Rugi, Akaun Pengasingan Untung Rugi perlu disediakan.
  • Seterusnya, komponen Ekuiti Pemilik dalam Penyata Kedudukan Kewangan terdiri daripada Akaun Modal dan Akaun Semasa seperti di bawah:

 

Bahagian Ekuiti Pemilik perniagaan Perkongsian dan Milikan Tunggal: