| 4.1 | 
						
						 Perniagaan Perkongsian 
						 | 
					 
				
			 
			 | 
		
		
			  | 
		
		
			
			
				
					
						
						
							
								
									| PERKONGSIAN | 
								 
								
									| Organisasi yang dibentuk secara gabungan oleh sekurang-kurangnya dua orang hingga dua puluh orang pekongsi. | 
								 
								
									|   | 
								 
							
						 
						 | 
					 
				
			 
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			
			
				- Mengikut Seksyen 3(1) Akta Perkongsian 1961, perkongsian boleh ditakrifkan sebagai:
 
				'Perhubungan yang wujud antara orang yang menjalankan urusan bersama dengan tujuan untuk mendapat keuntungan.' 
				- Melalui perniagaan jenis perkongsian, pemilik berkongsi modal, kepakaran, pengalaman dan risiko.
 
			 
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			
			
				
					
						| Perkongsian | 
						Milikan Tunggal | 
					 
					
						| Dimiliki 2 hingga 20 orang pekongsi | 
						Dimiliki seorang pemilik | 
					 
					
						| Modal disumbangkan oleh pekongsi | 
						Modal disumbangkan oleh pemilik sendiri | 
					 
					
						| Untung atau rugi diagihkan antara pekongsi mengikut perjanjian | 
						Untung atau rugi dinikmati oleh pemilik sendiri | 
					 
					
						| Boleh dibubarkan sekiranya pekongsi meninggal dunia/diisytiharkan muflis/ atas persetujuan bersama | 
						Hayat tidak berterusan jika pemilik meninggal dunia atau tidak mahu meneruskan perniagaan | 
					 
					
						| Akaun Perdagangan dan Untung Rugi  & Akaun Pengasingan Untung Rugi | 
						Akaun Perdagangan dan Untung Rugi | 
					 
					
						| Akaun Modal Pekongsi dan Akaun Semasa | 
						Modal, Untung Bersih dan Ambilan | 
					 
				
			 
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			| Kelebihan Perubahan Entiti Milikan Tunggal kepada Perniagaan Perkongsian | 
		
		
			
			
				- Modal yang lebih besar.
 
				- Pelbagai kepakaran dikongsi bersama.
 
				- Risiko perniagaan ditanggung bersama.
 
			 
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			| Seksyen 26 Akta Perkongsian 1961 | 
		
		
			
			
				- Untung atau rugi dibahagi secara sama rata antara pekongsi.
 
				- Faedah 8% setahun dibayar atas pinjaman pekongsi.
 
				- Faedah tidak dibayar atas modal pekongsi.
 
				- Pekongsi yang menguruskan perkongsian tidak dibayar gaji.
 
				- Setiap pekongsi berhak menguruskan perniagaan.
 
				- Buku akaun perkongsian disimpan di premis perniagaan.
 
			 
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			| Ikatan Perkongsian dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin timbul pada kemudian hari dan memastikan setiap pekongsi memainkan peranan seperti yang telah dipersetujui bersama. | 
		
		
			|   | 
		
		
			| Kandungan Ikatan Perkongsian Berkaitan Aspek Perakaunan | 
		
		
			
			
				- Modal yang disumbangkan oleh pekongsi.
 
				- Faedah atas Pinjaman.
 
				- Kongsi Untung atau Kongsi Rugi.
 
				- Faedah atas Modal.
 
				- Faedah atas Ambilan.
 
				- Gaji/Elaun/Bonus pekongsi.
 
			 
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			| 
			 Perkara lain yang terkandung dalam Ikatan Perkongsian: 
			
				- Nama perniagaan
 
				- Nama pekongsi
 
				- Bentuk perniagaan
 
				- Alamat perniagaan
 
				- Kuasa dan tanggungjawab pekongsi
 
				- Penyimpanan akaun
 
			 
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			
			
				
					
						
						
							
								
									| Jumlah Modal Yang Disumbangkan Oleh Pekongsi | 
								 
								
									| Merupakan jumlah kepentingan setiap pekongsi perniagaan perkongsian | 
								 
								
									|   | 
								 
							
						 
						 | 
					 
				
			 
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			
			
				
					
						
						
							
								
									| Faedah Atas Modal | 
								 
								
									
									
										- Ganjaran yang dibayar kepada pekongsi kerana menyumbangkan modal dalam perniagaan.
 
										- Galakan kepada pekongsi melabur modal yang lebih banyak ke dalam perkongsian.
 
										- Tuntutan pekongsi kepada perkongsian.
 
									 
									 | 
								 
								
									|   | 
								 
							
						 
						 | 
					 
				
			 
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			
			
				
					
						
						
							
								
									| Faedah Atas Ambilan | 
								 
								
									
									
										- Faedah yang dikenakan kepada pekongsi yang membuat ambilan.
 
										- Untuk mengawal pekongsi daripada membuat ambilan berlebihan.
 
										- Tuntutan perkongsian terhadap pekongsi.
 
									 
									 | 
								 
								
									|   | 
								 
							
						 
						 | 
					 
				
			 
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			
			
				
					
						
						
							
								
									| Faedah Atas Pinjaman Pekongsi | 
								 
								
									
									
										- Diberikan kepada pekongsi yang memberikan pinjaman kepada perniagaan.
 
										- Tuntutan pekongsi kepada perniagaan perkongsian.
 
									 
									 | 
								 
								
									|   | 
								 
							
						 
						 | 
					 
				
			 
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			
			
				
					
						
						
							
								
									| Gaji / Elaun / Bonus pekongsi | 
								 
								
									
									
										- Ganjaran kepada pekongsi yang aktif menguruskan perniagaan perkongsian.
 
										- Amaun bayaran tertakluk kepada perkara yang telah dipersetujui dalam Ikatan Perjanjian Perkongsian.
 
										- Tuntutan pekongsi kepada perkongsian.
 
									 
									 | 
								 
								
									|   | 
								 
							
						 
						 | 
					 
				
			 
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			
			
				
					
						
						
							
								
									| Kongsi Untung atau Rugi | 
								 
								
									| Ditentukan setelah mengambil kira Faedah atas Ambilan, Faedah atas Modal serta Gaji / Elaun / Bonus pekongsi | 
								 
								
									|   | 
								 
							
						 
						 | 
					 
				
			 
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			| 
			 Implikasi sekiranya tiada Ikatan Perkongsian: 
			
				- Perjanjian perlu dipersetujui dan ditandatangani oleh pekongsi -pekongsi sebelum menubuhkan perniagaan perkongsian.
 
				- Perjanjian boleh dibuat secara lisan atau bertulis.
 
				- Jika perjanjian perkongsian tidak dibuat dan berlaku perselisihan antara pekongsi, maka perkara tersebut akan diselesaikan menurut Akta Perkongsian 1961.
 
				- Pekongsi perlu menyelesaikan perkara berbangkit dengan merujuk Bahagian IV Seksyen 26 Akta Perkongsian 1961.
 
			 
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			|   |