| 
			   
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			
			
				
					
						| 3.2 | 
						
						 Penyata Penyesuaian Bank 
						 | 
					 
				
			 
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			
			
				
					
						
						
							
								
									|   | 
									Penyata Bank | 
									  | 
								 
								
									|   | 
									Salinan rekod urus niaga yang dihantar oleh pihak bank pada setiap akhir bulan kepada pemegang Akaun Semasa. | 
									  | 
								 
								
									|   | 
									  | 
									  | 
								 
							
						 
						 | 
					 
				
			 
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			| Fungsi Penyata Bank | 
		
		
			
			
				- Mengetahui baki akhir Akaun Bank.
 
				- Mengetahui jumlah yang dibayar dan diterima.
 
				- Menyemak dan membandingkan catatan di Buku Tunai dengan Penyata Bank.
 
			 
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			| Tujuan Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank | 
		
		
			
			
				- Mengenal pasti butiran yang menyebabkan berlakunya perbezaan antara baki Akaun Bank di Buku Tunai dengan baki di Penyata Bank.
 
				- Mengenal pasti ketepatan catatan di Buku Tunai.
 
				- Menyelaraskan baki Akaun Bank di Buku Tunai dengan baki di Penyata Bank.
 
			 
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			| Sebab berlaku perbezaan baki akaun bank di Buku Tunai dengan baki di Penyata Bank | 
		
		
			
			
				- Butiran yang dicatat di Buku Tunai tetapi belum dicatat di Penyata Bank
				
					- Cek belum dikemukakan 
 
					- Deposit belum dikreditkan
 
				 
				 
				- Butiran yang dicatat di Penyata Bank tetapi tidak dicatat di Buku Tunai
				
					- Pembayaran bank bagi pihak pelanggan.
 
					- Penerimaan bank bagi pihak pelanggan.
 
					- Cek Tak Laku (Cek Tak Layan).
 
				 
				 
				- Kesilapan catatan di Buku Tunai
 
			 
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			| Kaedah Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank | 
		
		
			
			
				- Dengan mengemas kini Buku Tunai
				
					- Bermula dengan baki di Buku Tunai terselaras
 
				 
				 
				- Tanpa mengemas kini Buku Tunai
				
					- Bermula dengan baki di Buku Tunai
 
					- Bermula dengan Baki di Penyata Bank
 
				 
				 
			 
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			| Enam langkah Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank | 
		
		
			
			
				- Membuat perbandingan baki akhir Buku Tunai dengan baki akhir Penyata Bank.
 
				- Membuat perbandingan butiran sebelah debit di Buku Tunai dengan butiran sebelah kredit di Penyata Bank.
 
				- Membuat perbandingan butiran sebelah kredit di Buku Tunai dengan butiran sebelah debit di Penyata Bank.
 
				- Tentukan sama ada terdapat kesilapan catatan di Buku Tunai bagi transaksi yang sama.
 
				- Lihat maklumat tambahan sekiranya terdapat cek tak laku dan tandakan (CTL) di sebelah amaun pada Buku Tunai.
 
				- Sediakan Penyata Penyesuaian Bank mengikut kaedah dengan mengemas kini Buku Tunai atau tanpa mengemas kini Buku Tunai.
 
			 
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			| Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank dengan Mengemas kini Buku Tunai (Kaedah 1) | 
		
		
			
			
				- Mengikut kaedah ini, Buku Tunai perlu dikemas kini terlebih dahulu sebelum menyediakan Penyata Penyesuaian Bank.
 
				- Buku Tunai dikemas kini dengan merekodkan butiran yang terdapat di Penyata Bank tetapi tidak dicatat di Buku Tunai. Misalnya:
				
					- Penerimaan terus oleh bank bagi pihak pelanggan seperti dividen, pindahan kredit dan faedah atas simpanan tetap.
 
					- Pembayaran oleh bank bagi pihak pelanggan seperti caj bank, perintah sedia ada (Arahan tetap), bayaran buku cek dan faedah atas overdraf.
 
				 
				 
			 
			 | 
		
		
			
			
				
					
						| Butiran yang menyebabkan baki Buku Tunai bertambah | 
						Butiran yang menyebabkan baki Buku Tunai berkurang | 
					 
					
						| Terdapat di Penyata Bank | 
					 
					
						
						
							- Dividen
 
							- Pindahan kredit
 
							- Faedah atas Simpanan
 
						 
						 | 
						
						
							- Caj bank
 
							- Perintah sedia ada (Arahan tetap)
 
							- Bayaran buku cek
 
						 
						 | 
					 
					
						| Terdapat di Buku Tunai | 
					 
					
						
						
							- Kesilapan catatan di Buku Tunai (Penerimaan terkurang catat dan Pembayaran terlebih catat)
 
						 
						 | 
						
						
							- Kesilapan catatan di Buku Tunai (Penerimaan terlebih catat dan Pembayaran terkurang catat)
 
							- Cek tak laku
 
						 
						 | 
					 
				
			 
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			| 
			 Format Penyata Penyesuaian Bank dengan mengemas kini Buku Tunai: 
			  
			  
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			| Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank Tanpa Mengemas kini Buku Tunai (Kaedah 2) | 
		
		
			|   | 
		
		
			| 
			 a) Bermula dengan baki di Buku Tunai 
			  
			 | 
		
		
			| 
			 b) Bermula dengan baki di Penyata Bank 
			  
			 | 
		
		
			|   | 
		
		
			| Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank (Akaun Bank berbaki overdraf) | 
		
		
			|   | 
		
		
			| 
			 Overdraf berlaku apabila pengeluaran wang melebihi baki yang terdapat dalam akaun bank pelanggan. 
			Buku Tunai berbaki kredit 
			atau 
			Penyata Bank berbaki debit 
			 | 
		
		
			|   |