Kaedah Perbandingan

 

 
2.2

Kaedah Perbandingan

 
  Kaedah Perbandingan  
  Kaedah yang membandingkan Modal Awal dengan Modal Akhir bagi menentukan untung atau rugi perniagaan.  
     
 
  • Modal boleh ditentukan dengan menggunakan persamaan perakaunan:

\(\text{Modal} = \text{Aset} - \text{Liabiliti}\)

 
  • Perniagaan boleh menggunakan maklumat modal awal tahun dan akhir tahun untuk menentukan untung dan rugi.

\(\text{Modal Akhir} = \text{Modal Awal} + \text{Untung/Rugi Bersih}\)

 
  • Nilai Untung/Rugi Bersih dapat dihitung dengan menggunakan rumus berikut:

\(\text{Untung/Rugi Bersih} = \text{Modal Akhir} - \text{Modal Awal}\)

 
  • Sekiranya pemilik perniagaan membuat Ambilan dalam tempoh perakaunan, item ambilan perlu ditambah pada Modal Akhir.
  • Namun begitu, sekiranya pemilik membawa masuk Modal Tamabahan, item modal tambahan perlu ditolak daripada Modal Akhir.

\(\text{Untung Bersih} = \text{Modal Akhir} + \text{Ambilan} - \\\text{Modal Tambahan} - \text{Modal Awal}\)

 
  • Maklumat kewangan perlu dianalisis untuk menentukan Aset dan Liabiliti bagi membolehkan jumlah modal ditentukan.
  • Modal diperoleh dengan membandingkan Aset dengan Liabiliti pada awal dan akhir tempoh perakaunan
 
  • Untung atau Rugi Bersih dapat juga ditentukan dengan menghasilkan Penyata Mengira Untung Rugi
  • Format:

  • Setelah untung rugi diketahui, perniagaan dapat menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan untuk mengetahui kedudukan Aset dan Liabiliti perniagaan pada tahun tertentu