Kaedah Analisis

 

 
2.3

Kaedah Analisis

 
  Kaedah Analisis  
  Kaedah yang melibatkan proses menganalisis semua urus niaga yang berlaku yang bertujuan untuk memperoleh item yang diperlukan seperti item jualan, belian, belanja dan hasil untuk menyediakan Penyata Kewangan.  
     
 
Rekod Minimum yang Perlu Disimpan oleh Peniaga
  • Rekod Akaun Belum Terima dan Akaun Belum Bayar.
  • Rekod penerimaan dan pembayaran tunai atau Buku Tunai.
  • Baki Tunai di tangan dan di bank pada awal dan akhir tahun.
  • Rekod Aset dan Liabiliti.
 
Kaedah Analisis
  • Analisis Buku Tunai
  • Mentaksir Jualan dan Belian
  • Mentaksir Belanja dan Hasil
 
Analisis Buku Tunai
  • Hasil
  • Belanja
  • Belian dan Jualan tunai barang niaga
  • Belian dan Jualan aset bukan semasa secara tunai
  • Catatan Kontra
  • Penerimaan daripada Akaun Belum Terima
  • Pembayaran kepada Akaun Belum Bayar
  • Baki awal dan baki akhir tunai
  • Ambilan tunai
 
Mentaksir Jumlah Jualan dan Jumlah Belian
  • Jualan dan Belian ialah komponen yang penting untuk membentuk Akaun Perdagangan
  • Item Jualan dan Belian melibatkan urus niaga secara tunai dan secara kredit.
  • Analisis terhadap Buku Tunai perlu dibuat untuk mendapatkan Jualan dan Belian secara tunai.
  • Analisis terhadap Akaun Kawalan pula dibuat untuk mencari nilai urus niaga secara kredit.
    1. Analisis Jualan
      • Jumlah Jualan Tunai perlu diselaraskan dengan Jumlah Jualan secara kredit
      • \(\text{Jumlah Jualan} = \text{Jualan Tunai} + \text{Jualan Kredit}\)
      • Maklumat yang perlu diambil kira semasa penyediaan Akaun Kawalan Belum Terima: Baki Awal dan Baki Akhir, Penerimaan daripada Akaun Belum Terima, Pulangan Jualan, Diskaun Diberi dan Hutang Lapuk.
    2. Analisis Belian
      • Jumlah Belian Tunai perlu diselaraskan dengan Jumlah Belian secara kredit.
      • \(\text{Jumlah Belian} = \text{Belian Tunai} + \text{Belian Kredit}\)
      • Maklumat yang perlu diambil kira semasa penyediaan Akaun Kawalan Belum Bayar: Baki Awal dan Baki Akhir, Pembayaran kepada Akaun Belum Bayar, Pulangan Belian dan Diskaun Diterima.
 
Mentaksir Belanja dan Hasil dengan mengambil kira pelarasan
  • Belanja dan hasil merupakan komponen utama untuk menyediakan Akaun Untung Rugi
  • Analisis ke atas item belanja dan hasil dilakukan untuk menentukan belanja dan hasil sebenar yang perlu diiktiraf bagi tempoh perakaunan semasa.
    1. Analisis Belanja
      • Untuk mengira belanja sebenar bagi tahun semasa, perlu mengambil kira belanja dibayar, belanja belum bayar dan belanja prabayar.
      • \(\text{Belanja Sebenar} = \text{Belanja Dibayar} + \text{Belanja Belum Bayar Akhir}\\ -\text{ Belanja Belum Bayar Awal}\)
      • \(\text{Belanja Sebenar} = \text{Belanja Dibayar} + \text{Belanja Prabayar Awal} \\- \text{Belanja Prabayar Akhir}\)
    2. Analisis Hasil
      • Untuk mengira jumlah hasil sebenar bagi tahun semasa, perlu mengambil kira nilai hasil yang diterima, hasil belum terperoleh atau hasil belum terima
      • \(\text{Hasil Sebenar} = \text{Hasil Diterima} + \text{Hasil Belum Terperoleh Awal}\\ - \text{Hasil Belum Terperoleh Akhir}\)
      • \(\text{Hasil Sebenar} = \text{Hasil Diterima} + \text{Hasil Belum Terima Akhir} \\-\text{Hasil Belum Terima Awal}\)
 
Maklumat yang diperoleh daripada Kaedah Analisis
  • Jumlah Jualan
  • Jumlah Belian
  • Hasil Sebenar yang diterima
  • Belanja Sebenar yang dibayar