Pengenalan Rekod Tak Lengkap

2.1

Pengenalan Rekod Tak Lengkap

 
  Rekod Tak Lengkap  
  Amalan perekodan maklumat perakaunan yang tidak mengikut sistem catatan bergu atau mengamalkan catatan tunggal.  
     
 
Sebab Rekod Perniagaan Tidak Lengkap
  • Tidak mengamalkan sistem catatan bergu.
  • Catatan urus niaga yang tidak dibuat langsung.
  • Dokumen sumber urus niaga tidak disimpan secara sistematik.
  • Rekod-rekod perakaunan yang musnah atau hilang.
 
Kaedah Penentuan Untung Rugi
  1. Kaedah Perbandingan
    • Membandingkan Modal Awal dengan Modal Akhir bagi menentukan untung atau rugi perniagaan.
    • Untung Bersih = Modal Awal < Modal Akhir.
    • Rugi Bersih = Modal Awal > Modal Akhir.
  2. Kaedah Analisis
    • Proses menganalisis urus niaga bagi menentukan hasil dan belanja semasa menyediakan Penyata Kewangan.
 
Kesan Rekod Perakaunan Tidak Lengkap
  • Penyata Kedudukan Kewangan sukar disediakan.
  • Perbandingan prestasi perniagaan tidak dapat dilakukan dengan tepat.
  • Untung atau rugi sukar ditentukan.
  • Imbangan Duga tidak dapat disediakan kerana ketepatan rekod diragui.
  • Kesilapan sukar dikesan dalam buku perniagaan. Ini menyebabkan kes penyelewengan boleh berlaku.