Belanjawan Tunai

 

 
3.3

Belanjawan Tunai

 
  Belanjawan Tunai  
  Anggaran penerimaan dan pembayaran tunai perniagaan bagi suatu tempoh tertentu.  
     
 
Kepentingan Belanjawan Tunai
  • Membuat perbandingan penerimaan dan pembayaran tunai.
  • Mengenal pasti kecairan tunai.
  • Mengawal penerimaan dan pembayaran tunai.
  • Mencari sumber tambahan untuk menampung kekurangan tunai.
  • Mengurus perbelanjaan mengikut keutamaan.
  • Rujukan untuk permohonan pinjaman.
 
  Penerimaan  
 
  • Anggaran semua penerimaan yang melibatkan wang tunai atau cek oleh perniagaan dalam suatu tempoh tertentu.
  • Membolehkan peniaga menampung segala perbelanjaan perniagaan.
  • Penerimaan lebih besar daripada pembayaran -> Aliran tunai yang baik.
  • Contoh: Jualan tunai, jualan tunai Aset Bukan Semasa dan kutipan hutang.
 
     
 
  Pembayaran  
 
  • Anggaran semua pembayaran perniagaan yang dibayar secara tunai atau cek oleh perniagaan dalam suatu tempoh tertentu.
  • Dilakukan untuk menampung aktiviti perniagaan supaya berjalan lancar.
  • Contoh: Belian tunai, belanja operasi, ansuran pinjaman dan pembelian Aset Bukan Semasa.
 
     
 
  Lebihan  
 

Diperoleh sekiranya jumlah penerimaan melebihi jumlah pembayaran (Struktur kewangan yang mantap)

 
     
 
  Kurangan  
  Berlaku apabila jumlah pembayaran melebihi jumlah penerimaan.  
     
 

Alternatif untuk mengatasi kurangan Belanjawan Tunai:

  1. Membuat pinjaman daripada institusi kewangan
  2. Meningkatkan jualan
  3. Mengurangkan perbelanjaan perniagaan
 
Perbandingan Penerimaan Sebenar dengan Penerimaan yang Dijangka
  1. Penerimaan sebenar melebihi penerimaan yang dijangka (MEMUASKAN)
  2. Penerimaan sebenar kurang daripada penerimaan yang dijangka (TIDAK MEMUASKAN)
 
Perbandingan Pembayaran Sebenar dengan Pembayaran yang Dijangka
  1. Pembayaran sebenar melebihi pembayaran yang dijangka (TIDAK MEMUASKAN)
  2. Pembayaran sebenar kurang daripada pembayaran yang dijangka (MEMUASKAN)
 
Lima Langkah Penyediaan Belanjawan Tunai
  1. Mulakan dengan baki tunai
  2. Rekodkan semua penerimaan dan pembayaran
  3. Jumlahkan semua penerimaan dan pembayaran
  4. Tentukan lebihan/kurangan
  5. Tentukan baki akhir
 
Butiran Penerimaan dan Pembayaran
  • Penerimaan akan menambahkan nilai tunai manakala pembayaran akan mengurangkan tunai perniagaan.
  • Belanjawan Tunai penting kepada setiap peniaga untuk merancang dan membuat kawalan tunai.
 
Contoh Butiran Penerimaan
  • Modal yang dilaburkan/modal tambahan
  • Jualan Tunai
  • Penerimaan daripada Akaun Belum Terima untuk jualan kredit
  • Jualan tunai Aset Bukan Semasa
  • Pinjaman Bank
  • Faedah atas Simpanan/Dividen
  • Komisen Diterima
 
Contoh Butiran Pembayaran
  • Belian Tunai
  • Pembayaran kepada Akaun Belum Bayar untuk belian kredit
  • Belanja operasi seperti gaji pekerja kadar bayaran dan premium insurans
  • Ansuran pinjaman
  • Pembelian tunai Aset Bukan Semasa