Analisis Titik Pulang Modal

 

7.3

Analisis Titik Pulang Modal

 
  Titik Pulang Modal (TPM)  
 

Satu paras pengeluaran di mana perniagaan tidak mendapat keuntungan atau tidak mengalami kerugian

Jumlah hasil sama dengan jumlah kos.

 
     
 
Andaian TPM
  1. Jumlah kos terdiri daripada Kos Tetap dan Kos Berubah
  2. Perubahan hasil dan kos hanya berlaku disebabkan perubahan dalam bilangan produk untuk dijual
  3. Harga Jualan Seunit, Kos Berubah Seunit dan Kos Tetap adalah malar
  4. Hanya sejenis produk dikeluarkan dan kesemuanya dijual
 
Kegunaan TPM
  1. Menunjukkan jumlah keuntungan/kerugian pada setiap peringkat jualan
  2. Menentukan tahap volum jualan yang perlu dikeluarkan bagi mengelakkan kerugian
  3. Membantu pihak pengurusan membuat perancangan dan kawalan
 
Dua jenis Kos Pengeluaran
  1. Kos Tetap
    • Kos yang dibayar untuk penggunaan faktor pengeluaran tetap
    • Tidak berubah walaupun pengeluaran berubah
    • Perlu dibelanjakan walaupun tiada pengeluaran
    • Cth: Sewa kilang, gaji pengurus kilang dan insurans kilang
  2. Kos Berubah
    • Kos yang dibayar untuk penggunaan faktor pengeluaran berubah
    • Berubah mengikut tingkat pengeluaran
    • Tidak perlu dibelanjakan sekiranya tiada pengeluaran
    • Cth: Kos bahan langsung dan kos buruh langsung
 

Dua kaedah TPM

  1. Kaedah Margin Caruman
  2. Kaedah Graf
 
Margin Caruman
  • Bermaksud Lebihan Hasil Jualan berbanding Kos Berubah
  • Margin Caruman Seunit = Harga Jualan Seunit - Kos Berubah Seunit
  • TPM (Dalam unit keluaran)
    \(=\dfrac{\text{Jumlah Kos Tetap}}{\text{Margin Caruman Seunit}}\)
  • TPM (Dalam RM)
    \(=\dfrac{\text{Jumlah Kos Tetap}}{\text{Margin Caruman Seunit}}\times\text{Harga Jualan Seunit}\)
 
  • Perubahan dalam komponen kos ataupun harga jualan akan memberi kesan kepada TPM
  • Perubahan Komponen Kos
    1. Perubahan Kos Berubah seunit
    2. Perubahan Kos Tetap
    3. Perubahan Harga Jualan seunit
 

Rumus menentukan keuntungan menggunakan Kaedah Margin Caruman

  • Keuntungan = Jumlah Hasil - Jumlah Kos
  • Keuntungan = (Unit Keluaran X Margin Caruman Seunit) - Kos Tetap
 

Rumus jumlah pengeluaran

\(\text{Jumlah Pengeluaran}=\dfrac{\text{Kos Tetap + Untung Sasaran}}{\text{Margin Caruman Seunit}}\)

 
Graf TPM
  • Paksi y - Jumlah Kos/Hasil
  • Paksi x - Unit pengeluaran
  • Kos Tetap malar bagi setiap tingkat pengeluaran
  • Garisan Jumlah hasil ialah garisan bermula daripada titik asalan (0)
  • Garisan Jumlah Kos (Kos Berubah + Kos Tetap) ialah garisan yang bermula daripada jumlah Kos Tetap
 

Rumusan

  1. TPM ditentukan apabila garisan Jumlah Kos bersilang dengan garisan Jumlah Hasil
  2. Jumlah Pengeluaran < TPM : Kerugian
  3. Jumlah Pengeluaran > TPM : Keuntungan