Perubahan Keadaan Jirim Bagi Air

8.2  Perubahan Keadaan Jirim Bagi Air
 
  • Air wujud dalam tiga keadaan, iaitu:
  1. Pepejal (ais)
  2. Cecair (air)
  3. Gas (wap air)
  • Apabila air dipanaskan dan disejukkan, ia akan berubah kepada bentuk yang lain.
 
Perubahan keadaan jirim bagi air
  • Air boleh berubah daripada satu keadaan jirim kepada keadaan jirim yang lain.
  • Jirim air boleh berubah keadaannya melalui proses pembekuan, peleburan, pendidihan, penyejatan dan kondensasi.

Awan & hujan
  • Pergerakan air dari permukaan bumi ke udara membentuk awan & akhirnya turun semula ke permukaan bumi sebagai hujan
  • Proses ini berulang & dikenali sebagai kitaran air semula jadi
  • Pembentukan awan & hujan terhasil daripada proses perubahan keadaan jirim air
  • Kitaran air semula jadi memastikan kuantiti air sentiasa berkekalan di muka bumi melalui pembentukan awan & hujan
  • Kitaran ini melibatkan proses penyejatan & proses kondensasi

  1. A - Haba daripada Matahari menyebabkan proses penyejatan berlaku. Air tersejat dari permukaan bumi seperti tanah, lautan, sungai & tasik menjadi wap air.
  2. B - Wap air yang terkumpul & menyejuk akan terkondensasi menjadi titisan air yang halus & membentuk awan.
  3. C - Ketika awan naik lebih tinggi di langit, udara yang sejuk menyebabkan titisan air bergabung menjadi lebih besar & berat yang kemudiannya turun kembali ke bumi sebagai hujan.
  4. D - Air hujan diserap ke bumi & akan mengalir semula ke dalam tasik, sungai & lautan.