Perkaitan Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, Klasifikasi dan Skala Perniagaan

 
1.6 Perkaitan Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, Klasifikasi dan Skala Perniagaan
 
  • Perniagaan menawarkan barang atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
  • Pemilik perniagaan boleh pilih samaada hendak menubuhkan perniagaan milikan tunggal, perkongsian, syarikat berhad atau koperasi.
  • Perniagaan boleh diketegorikan mengikut skala iaitu domestic dan antarabangsa.
  • Saiz perniagaan tidak mempengaruhi skala perniagaan.
  • Sesebuah perniagaan tidak perlu bersaiz besar untuk menawarkan barang atau perkhidmatan ke peringkat global.
  • Penggunaan teknologi/internet akan bantu perniagaan kecil tembusi pasaran antarabangsa
  • Terdapat 3 sektor dalam perniagaan iaitu sektor utama, kedua dan ketiga.
  • Lazimnya, sektor utama seperti pertanian adalah untuk memenuhi pasaran domestik.
  • Sektor kedua seperti perkilangan adalah untuk pasaran domestik dan antarabangsa
  • Semua sektor perlukan aktiviti perniagaan untuk agih barang dan perkhidmatan dan seterusnya mendapat keuntungan.