Bentuk-bentuk Perniagaan Lain

 
1.3 Bentuk-bentuk Perniagaan Lain
 

Bnetuk-bentuk Perniagaan Lain

1. Francais

2. Usahasama

 

Ciri-ciri Perniagaan francais

1. Perniagaan dikendalikan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh francaisor
2. Mengikut tempoh seperti dalam perjanjian
3. Menggunakan cap atau rahsia dagangan francaisor
4. Dikawal oleh francaisor
5. Francaisor akan beri bantuan kepada francaisi
6. Francaisi perlu bayar fi kepada francaisor
7. Francaisor dan francaisi menjalankan perniagaan secara berasingan

 

Pihak-pihak yang Terlibat Dalam Perniagaan Francais

1. Francaisor

  • Ialah syarikat Induk yang memiliki hak asal jenama sesuatu produk
  • Francaisor akan sediakan produk dan sistem perniagaan
 

Peranan Francaisor

1. Beri hak kepada francaisi untuk guna imej,jenama,sistem operasi dan format perniagaan.
2. Francaisor perlu sediakan panduan pelaksanaan perniagaan
3. Menyediakan khidmat latihan dan bimbingan kepada francaisi
4. Membiayai kos pengiklanan
5. Bantuan dalam bentuk ramuan khas serta alatan dan perkakas

 
Kelebihan dan Kekurangan Perniagaan Francais kepada Francaisor
Kelebihan Kekurangan
Perniagaan dapat dikembangkan Boleh jejaskan prestasi
francaisor jika francaisi tidak
patuhi kualiti produk
Menikmati ekonomi bidangan Kos operasi tinggi
Mekanisma berkesan untuk pasaran baru

Sukar pilih francaisi yang baik

dan berdaya saing

Berkongsi risiko dan tanggungjawab  
Struktur pengurusan tidak besar kerana francaisi akan urus sendiri  
 

2. Francaisi

  • Ialah syarikat yang beli hak kebenaran guna jenama daripada francaisor
  • Perlu sediakan modal dan sumber manusia
 

Peranan Francaisi

  • Menjalankan perniagaan ikut perturan dan sistem yang ditetapkan oleh francaisor(jika gagal-
    kontrak tamat
 
Kelebihan dan Kekurangan Perniagaan Francais kepada Francaisi
Kelebihan  Kekurangan
Perniagaan yang sistematik Perlu jaga kualiti barang
Rekabentuk perniagaan seragam Terikat dengan perjanjian
Sokongan daripada francaisor Tiada inovasi
Risiko rendah  
Jenama terkenal dan jaringan perniagaan luas  
Tidak perlu banyak pengalaman  
 

Usahasama

  • Perkongsian antara 2 atau lebih individu atau syarikat.
  • Bekerjasama mengeluarkan barang atau perkhidmatan
  • Dalam jangkamasa tertentu
  • Modal akan disumbangkan bersama
  • Bersama-sama kawal dan urus syarikat
  • Berkongsi aset, hasil dan perbelanjaan
  • Kedua-dua pihak akan menjadi pemegang saham.
  • Kedua-dua pihak perlu patuh dengan perjanjian perniagaan.
 

Tujuan Usahasama

  • Untuk meningkatkan kedudukan syarikat
  • Untuk berkongsi kepakaran
  • Untuk meningkatkan keuntungan perniagaan
  • Untuk meningkat dana perniagaan
 
Kelebihan Kekurangan
1. Dapat luaskan perniagaan
2. Dapat tingkatkan dana kewangan
3. Tingkatkan keluaran
4. Penggunaan teknologi baharu
5. Mudah dapatkan bahan mentah
6. Harta individu, aset dan pegangan dikekalkan
7. Berkongsi risiko
1. Perbezaan Visi dan Misi antara 2
pihak
2. Perbezaan budaya dan cara
pengurusan.