Kesan Perubahan Persekitaran Terhadap Organisasi Perniagaan

 
2.4 Kesan Perubahan Persekitaran Terhadap Organisasi Perniagaan
 

Kesan Perubahan dari Aspek Pasaran

1. Perubahan citarasa

  • Citarasa pengguna terhadap sesuatu barang/perkhidmatan berubah

2. Lambakan barang import

  • Barangan import membanjiri pasaran tempatan
  • contoh: barangan dari China dijual dengan harga yang lebih murah berbanding barang tempatan

3. Pembangunan dalam teknologi

  • Penggunaan teknologi terkini mampu meningkatkan pasaran produk
 

Kesan Perubahan dari Aspek Trend

1. Guna Tenaga

  • Masyarakat bekerja dan mempunyai pendapatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak
  • Mereka akan membuat permintaan
  • Oleh itu, wujudnya perkembangan perniagaan.

2. Pendapatan

  • Pendapatan boleh guna meningkat bila masyarakat bekerja
  • Pendapatan kerajaan daripada kutipan cukai akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi

3. Pertumbuhan Ekonomi

  • Trend pertumbuhan ekonomi negara memberi kesan positif kepada perniagaan
 
Kesan Perubahan dari Aspek Undang-undang
 

1. Melindungi perniagaan dari sebarang penipuan

  • Contoh: Akta Kontrak 1950
  • Faedah yang diperoleh semua pihak yang menjalankan urus niaga
  • Jika sesuatu pihak gagal mendapat balasan, hal ini menyebabkan sesuatu kontrak itu batal

2. Mewujudkan sistem perniagaan secara adil

  • Contoh: Akta Persaingan 2010
  • Memberi peruntukan kepada sesebuah perniagaan bersaing secara adil
  • Mengelakkan daripada terlibat dalam perjanjian/persaingan termasuk penyalahagunaan kedudukan dominan sesebuah perniagaan dalam pasaran.

3. Melindungi hak semua pihak di dalam perniagaan

  • Bagi megelakkan berlakunya unsur peniruan dan mengambil hak cipta perniagaan lain

  • Contoh: Akta Hak Cipta 1987 digubal tujuan memberi perlindungan terhadap karya-karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi dan siaran