Bentuk Pemilikan Perniagaan

 
1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan
 
Bentuk Pemilikan Perniagaan
 
a) Milikan Tunggal
b) Perkongsian
c) Koperasi
d) Syarikat Berhad
 
Milikan Tunggal
 
  • Dimiliki dan dikawal oleh seorang individu sahaja.
  • Sumber pembiayaan daripada wang simpanan, pinjaman saudara mara, agensi kerajaan,institusi kewangan/modal sendiri
  • Cukai rendah/Keuntungan akan dikenakan cukai pendapatan perseorangan
  • Didaftarkan di pejabat pendaftaran perniagaan di SSM(suruhanjaya Syarikat malaysia)
  • Kos overhead yang lebih rendah
  • Menikmati kesuluruhan untung perniagaan
  • Fleksibel dari segi masa operasi
  • Mudah ubah strategi/ bebas buat keputusan
  • Cepat selesaikan masalah dan rungutan pelanggan
  • Mudah ditubuhkan/ tak banyak syarat penubuhan
  • Mewujudkan hubungan baik dengan pelanggan
  • Perlu daftar dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh mula berniaga
 
Kelebihan dan kekurangan Milikan Tunggal
 
Kelebihan Kekurangan
Mudah ditubuhkan  Diuruskan secara berseorangan
Tak banyak syarat Sukar berkembang
Mudah diurus-saiz kecil Beban kerja semua ditanggung pemilik
Pemilik bebas urus perniagaan Perniagaan tidak berterusan
Keputusan dibuat oleh pemilik Perniagaan tutup jika pemilik meninggal dunia
Beban cukai rendah Sukar kongsi kepakaran
Pemilik hanya perlu bayar cukai individu Pemilik tanggung liabiliti tidak terhad
 
Perkongsian
 
  • Kerjasama antara 2 atau lebih individu
  • Bersetuju jalankan perniagaan bersama
  • Kongsi modal, kepakaran,pemgalaman dan pengetahuan
  • Rakan kongsi akan mengikat perjanjian melalui perjanjian perkongsian.
 
Kandungan perjanjian perkongsian
 
  • Nama firma
  • Nama semua rakan kongsi
  • Hak dan tanggungjawab rakan kongsi
  • Jenis dan tempat perniagaan
  • Pembahagian untung dan rugi
  • Cara jalankan perniagaan
  • Cara tamatkan perniagaan
 

 

 
 Gambar menunjukkan ciri-ciri perkongsian iaitu Bilangan rakan kongsi antara 2 hingga 20 orang, Rakan kongsi ikat perjanjian melalui perjanjian perkongsian, Untuk profesion tertentu(doktor,pegu am,akauntan) boleh sehingga 50 orang, Berkongsi modal/ kepakaran/pengalam an/pengetahuan dan Tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
 
Jenis-jenis Rakan Kongsi dan Liabiliti
 

1. Rakan kongsi berhad

  • liabliti setakat jumlah modal yang dilaburkan sahaja

  • tiada kuasa urus perniagaan

  • boleh semak rekod dan akaun perniagaan

2. Rakan kongsi lelap

  • liabiliti tidak terhad
  • tidak aktif dalam pengurusan
  • sumbang modal sahaja

3. Rakan kongsi biasa

  • liabiliti tidak terhad
  • berhak urus perniagaan

4. Rakan kongsi aktif

  • liabiliti tidak terhad
  • aktif dalam pengurusan
  • dibayar gaji

5. Rakan kongsi nominal

  • liabiliti tidak terhad
  • hanya guna nama sahaja
  • tidak keluarkan modal
 

 

 
Tanggungjawab rakan kongsi
 
  • Menjaga kepentingan rakan kongsi yang lain
  • Lindungi rahsia perniagaan
  • Memajukan perniagaan(cari sumber dan peluang
  • Selesaikan masalah perniagaan(beri idea dan pendapat)
 
3 Jenis Perkongsian
 
1) Perkongsian Biasa- Bilangan rakan kongsi antara 2 hingga 20 orang
2) Perkongsian Berhad-Bilangan rakan kongsi antara 2 hingga 50 orang
3) Perkongsian Liabiliti Terhad-Bilangan rakan kongsi ialah 2 orang dan tiada had maksimum.
 
Kelebihan dan kekurangan Perkongsian
 
Kelebihan Kekurangan
Modal besar-blh kumpul dari rakan kongsi

Modal terhad-sukar berkembang berbanding sykt

berhad

Mudah ditubuhkan-tak banyak peraturan Perniagaan tak berterusan-kalau rakan kongsi
meninggal,muflis perniagaan kena bubar
Kongsi kepakaran

Liabiliti tidak terhad-aset peribadi guna untuk

bayar hutang

 
Syarikat Berhad
 
  • Didaftar dengan ssm di bawah akta syarikat 1965
  • Ditubuhkan oleh sekumpulan individu
  • Tujuan menjalankan perniagaan
  • Terdiri daripada ahli lembaga pengarah dan pemegang saham
 
Keanggotaan Syarikat Berhad
 

1. Ahli Lembaga Pengarah

  • yang paling kanan akan dilantik menjadi pengarah urusan
  • ALP yg lain akan dilantik menjadi pengarah eksekutif

2. Pemegang Saham

  • pihak yang pegang saham
  • hak pemegang saham:-
    a)mengundi dalam mesyuarat agung tahunan
    b)beri pendapat tentang aktiviti dan kewangan syarikat
    c)mempersoal polisi syarikat
    d)undi/terima/tolak cadangan ALP yang lain
    e)undi utk lantik ALP
 

Dua jenis Syarikat Berhad:

1) Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)

2) Syarikat Awam Berhad

 

 

 
Ciri-ciri Syarikat Sdn. Bhd
 
  • Tertakluk di bawah akta syarikat 1965
  • Ahli antara 1 hingga 50 orang
  • Saham tidak boleh dijual beli di bursa saham
  • Pindah milik saham perlu dapat kebenaran alp
  • Modal besar
  • Modal tambahan melalui terbitan syer
  • Liabiliti terhad
  • Jika muflis-rugi setakat modal yg dilaburkan sahaja
  • Harta peribadi tidak diguna utk bayar hutang
  • Pemegang saham paling banyak boleh kawal syarikat.
 
Kelebihan Kekurangan
Modal besar Penawaran syer terhad-max 50 org
Liabiliti terhad Beban cukai tinggi-cukai syarikat
Hal ehwal syarikat dirahsiakan Syer tidak boleh dipindah milik sesuka hati
 
Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad
 
  • Ahli antara 2 orang hingga tiada had maksimum
  • Saham dijual di bursa saham
  • Jika ada pihak yg beli saham dalam kuantiti yg banyak maka pemegang saham asal tanggung risiko hilang kuasa kawalan syarikat.
 
Kelebihan Kekurangan
Modal lebih besar Proses tubuh syarikat rumit
Ekonomi bidangan-perniagaan besar-besaran Beban cukai tinggi-cukai syarikat
Liabiliti terhad Pemilik dan pengurusan terpisah
Kewujudan kekal Tiada kerahsiaan
 
Koperasi
 
  • Ditubuhkan oleh sekumpulan orang tertentu
  • Secara sukarela
  • Tujuan-untuk melindungi kepentingan anggotanya
  • Konsep “Milik Bersama”
  • Contoh:
    (a) Koperasi sekolah-anggotanya ialah pelajar dan kakitangan sekolah
    (b) Koperasi Nelayan-anggotanya ialah nelayan
    (c) Koperasi peladang-anggotanya ialah petani
 
Ciri-ciri Koperasi
 
  • Melaksanakan kegiatan ekonomi untuk memenuhi keperluan anggotanya
  • Tidak berunsurkan politik
  • Diuruskan berdasarkan akta,peraturan dan undang-undang kecil koperasi
  • Modal disumbang oleh anggota
  • Anggota boleh buat keputusan dlm perniagaan
  • Liabiliti terhad
 

Dua aspek keanggotaan koperasi

1. Jumlah anggota

  • Jumlah anggota sekurang-kurangnya 50 org
  • Setiap anggota mesti beli modal syer

2. Hak anggota

  • Mengundi dalam mesyuarat agung tahunan
  • Terlibat dalam proses buat keputusan
  • Mengambil semula modal syer apabila keluar dari koperasi
  • Menerima dividen
 

 

Kelebihan dan kekurangan koperasi
 
Kelebihan Kekurangan
Liabiliti terhad Kadar pulangan rendah
Pentadbiran demokrasi-anggota ada hak
mengundi
Pengurusan dan pemilik terpisah-tiada
dorongan untuk majukan perniagaan
Dikecualikan dari cukai Pemilikan syer terhad-tak boleh lebih 20%
Rebat-insentif kepada pelanggan koperasi Syer tidak boleh dipindah milik