Klasifikasi Perniagaan

 
1.4 Klasifikasi Perniagaan
 

Klasifikasi perniagaan

1. Saiz

  • Kecil
  • Sederhana
  • Besar

2. Sektor

  • Utama
  • Kedua
  • Ketiga
 

Faktor yang menentukan saiz perniagaan:

1. Jumlah jualan tahunan

2. Bilangan pekerja tetap

 

Aktiviti pengilangan

  Jumlah Jualan Tahunan Bilangan Pekerja Tetap
Kecil Rm 300,000 hingga kurang
daripada rm 15 juta.
5 hingga kurang daripada 75
orang
Sederhana RM 15 juta hingga kurang
daripada RM50 Juta
75 hingga kurang daripada
200 orang
Besar RM 50 Juta dan ke atas 200 dan ke atas
 
 

Aktiviti perkhidmatan

  Jumlah Jualan Tahunan Bilangan Pekerja Tetap
Kecil Rm 300,000 hingga kurang
daripada RM 3 juta.
5 hingga kurang daripada 30
orang
Sederhana RM 3 juta hingga kurang
daripada RM20 Juta
30 hingga kurang daripada 75
orang
Besar RM 20 Juta dan ke atas 75 dan ke atas
 
Kelebihan dan Kekurangan perniagaan bersaiz kecil
Kelebihan Kekurangan
Kos overhead rendah Kos pengeluaran tinggi
Cepat selesaikan masalah/rungutan
pelanggan
Kurang daya saing
Fleksibel-mudah ubah strategi perniagaan Pekerja tidak mahir/tiada pengalaman
Kos upah rendah Kurang sumber kewangan
 

Cabaran perniagaan bersaiz kecil

1. Masalah aliran tunai-pelanggan lambat bayar hutang
2. Bebanan kerja-Tiada pengkhususan kerja
3. Kekalkan pelanggan lama dan dapatkan pelanggan baru
4. Memotivasikan pekerja
5. Kos overhead tinggi

 
Kelebihan dan Kekurangan perniagaan bersaiz sederhana
Kelebihan Kekurangan
Mudah ditubuhkan

Sukar sediakan latihan-tiada sumber untuk

sediakan latihan

Fleksibel

Sukar majukan kerjaya-tiada peluang kenaikkan

pangkat

Semangat pasukan yang tinggi

Wujud jurang hubungan-hubungan antara

majikan dgn pekerja tidak rapat

Laporan kewangan syarikat dirahsiakan  
 

Cabaran perniagaan bersaiz sederhana

1. Meningkatkan perbelanjaan/kos
2. Perlu lebih ramai pekerja mahir
3. Persaingan dengan perniagaan besar
4. Undang-undang dan peraturan kerajaan yang banyak

 
Kelebihan dan Kekurangan Perniagaan Bersaiz Besar
Kelebihan Kekurangan
Menikmati ekonomi bidangan-perniagaan
besar-besaran,kos seunit dikurangkan,jual
pada harga lebih murah
Komunikasi kurang berkesan-lambat
proses hantar maklumat
Dapat menguasai pasaran Birokrasi-banyak peraturan
Wujud pengkhususan Risiko tinggi
 

Cabaran perniagaan bersaiz besar

1.Ketidakpastian pasaran - Ekonomi dan politik tidak menentu, peraturan berubah, perubahan teknologi, pesaing
2.Pengambilan pekerja - pesaingan mendapat pekerja pakar
3.Tingkatkan untung tahunan
4.Perundangan peraturan kerajaan - peka pada perubahan undang-undang pengguna

 

Sektor

1. Sektor Utama / Premier

  • Perlombongan
    -Petroleum,gas asli, emas,bijih timah,mineral lain bukan logam
  • Pertanian
    -kelapa sawit, getah
  • Pembalakan
    -Kayu merbau, cengal, meranti
  • Perikanan
    -perikanan laut dalam, air tawar, akuakultur,ikan hiasan

2. Sektor Kedua / Sekunder

  • Pembuatan dan pengilangan
  • Kejuruteraan
  • Pembekalan Tenaga
  • Pembinaan

3. Sektor Ketiga / Tertier

  • Perkhidmatan awam
  • Perkhidmatan Swasta
  • Perkhidmatan sukarela/kebajikan