Dividen Tunai

 
5.4

Dividen Tunai

 
  Dividen  
  Sebahagian keutungan yang dibayar oleh syarikat kepada para pemegang syer.  
     
 
  Dividen Tunai  
  Keuntungan yang diagihkan kepada pemegang syer dalam dua kaedah iaitu mengikut peratus atas nilai sesyer atau sen sesyer.  
     
 

Dua jenis dividen tunai:

  1. Dividen Interim
  2. Dividen Akhir
 
  Dividen Interim  
  Dividen yang dibayar sebelum keuntungan sebenar diketahui dan dibayar sebelum tempoh perakaunan berakhir.  
     
 
  Dividen Akhir  
  Diisytiharkan selepas keuntungan sebenar diketahui dan dibayar selepas tempoh perakaunan berakhir.  
     
 

Pengiraan dividen:

 
Sebab Dividen Tertunggak:
  • Berlaku apabila syarikat tidak memperoleh keuntungan pada tahun semasa maka tiada pengishtiharan dividen dibuat pada tahun tersebut.
  • Namun, bagi pemegang syer keutamaan bersifat kumulatif, mereka akan tetap menerima dividen sama ada syarikat memperoleh keuntungan atau kerugian.
  • Dividen mereka akan dibawa ke tahun berikutnya jika syarikat itu memperoleh keuntungan pada tahun hadapan. Oleh itu, dividen tersebut dinamakan sebagai dividen tertunggak.
  • Sebagai contoh, jika pemegang syer keutamaan 6% tidak menerima dividen dalam tahun itu kerana kekurangan keuntungan maka pada tahun berikutnya mereka berhak untuk menerima dividen bagi kedua-dua tahun iaitu sebanyak 12% jika keuntungan syarikat cukup untuk pembayaran dividen pada tahun tersebut.