Jenis Modal dan Terbitan Syer

 
5.2

Jenis Modal dan Terbitan Syer

 

Modal Syarikat

  • Diperoleh daripada terbitan syer.
  • Syer-syer yang diterbitkan tidak mempunyai nilai tara.
  • Harga sesyer yang diterbitkan ditentukan nilai sebenar syarikat.
  • Orang awam boleh mengakses maklumat penyata perkaunan syarikat di SSM bagi memastikan harga syer yang ditawarkan berpatutan.
 
Jenis Modal Syer
  1. Syer Biasa
  2. Syer Keutamaan
 
Syer Biasa Syer Keutamaan
Kadar dividen tidak tetap Kadar dividen tetap

Dividen diberi jika ada lebihan dari keuntungan syarikat setelah dividen Syer Keutamaan dibayar

Menerima dividen terlebih dahulu daripada pemegang Syer Biasa

Mempunyai hak mengundi untuk melantik lembaga pengarah

Tiada hak mengundi untuk melantik lembaga pengarah

Tuntutan modal hanya boleh dibuat setelah tuntutan pemegang Syer Keutamaan dan semua liabiliti lain telah diselesaikan.

Berhak membuat tuntutan modal sekiranya syarikat dibubarkan.
Tiada tunggakan dividen atau tidak bersifat timbun tambah

Tunggakan dividen dibayar pada tahun perakaunan yang lain, sekiranya pada tahun semasa syarikat kerugian

 
  Modal Diterbitkan dan Berbayar Penuh  
  Syer yang ditawarkan kepada orang awam dan telah dibayar penuh.  
     
 

Syarikat Berhad Menurut Syer yang baru didaftarkan menerbitkan syer untuk memperoleh modal.

Syarikat yang sedang beroperasi pula menerbitkan syer untuk memperoleh modal tambahan.

Tiada had ditetapkan terhadap bilangan syer yang akan diterbitkan.

 
 

3 akaun yang terlibat dalam merekod terbitan syer:

  1. Akaun Bank.
  2. Akaun Permohonan Syer Biasa/Akaun Permohonan Syer Keutamaan.
  3. Akaun Modal Syer Biasa/Akaun Modal Syer Keutamaan.
 

Catatan terbitan syer dalam Jurnal Am:

  1. Apabila syer diterbitkan
    • Debit: Permohonan Syer
    • Kredit: Modal Syer
  2. Apabila wang diterima dan dibankkan
    • Debit: Bank
    • Kredit: Permohonan Syer
  3. Apabila berlaku lebihan langganan
    • Debit: Permohonan Syer
    • Kredit: Bank
 
Tindakan sekiranya modal diterbitkan tidak habis dilanggan atau terlebih langganan
  1. Permohonan syer < Langganan syer
    • Penaja jamin akan menanggung kurangan
  2. Permohonan syer > Langganan syer
    • Wang lebihan dipulangkan semula