Pengenalan Kepada Syarikat Berhad Menurut Syer

 
5.1

Pengenalan Kepada Syarikat Berhad Menurut Syer

 
  Syarikat Berhad Menurut Syer  
  Entiti perniagaan yang dimiliki oleh individu-individu yang menyumbang modal dan diberi syer dalam syarikat.  
     
 
  Akta Syarikat 2016  
  Suatu badan korporat yang diperbadankan mengikut Akta Syarikat 2016 atau mana-mana enakmen sebelumnya.  
     
 

Syarikat baharu perlu berdaftar dengan Pendaftar Syarikat menggunakan Portal MyCoID dengan memberikan maklumat berikut:

  1. Membuat carian nama dan permohonan nama
  2. Menyerah simpan permohonan pemerbadanan syarikat
  3. Membayar fi pendaftaran
  4. Menerima Notis Pemerbadanan
 
  Perlembagaan Syarikat  
  Dokumen yang mengikat syarikat, pengarah dan pemegang syer.  
     
 
Jika syarikat tidak mewujudkan Perlembagaan Syarikat, sebarang perselisihan perlu diselesaikan dengan merujuk Akta Syarikat 2016.
 
Kandungan Perlembagaan Syarikat
  • Tujuan syarikat
  • Keupayaan, hak, kuasa atau keistimewaan syarikat jika berbeza dengan peruntukan yang terkandung dalam Akta Syarikat 2016 seperti kuasa dan tanggungjawab Lembaga Pengarah
  • Perkara-perkara yang dipertimbangkan oleh Akta ini untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan seperti cara pembayaran dividen
  • Apa-apa perkara lain yang hendak dimasukkan oleh syarikat ke dalam perlembagaan seperti pengurusan dan pentadbiran syarikat
 
Ciri-ciri Syarikat
  1. Entiti berasingan
    • Pemilik dan organisasi perniagaan terasing dari segi perundangan
  2. Liabiliti terhad
    • Tannggungan setiap ahli syarikat terhad kepada jumlah syer yang dimiliki.
  3. Hayat berterusan
    • Perniagaan diandaikan terus beroperasi meskipun terdapat salah seorang daripada pemegang syer meninggal dunia atau menarik diri.
  4. Pengasingan Fungsi Pemilikan dan Fungsi Pengurusan
    • Pemegang syer tiada hak mengawal secara langsung operasi syarikat.
 

Dua jenis Syarikat Berhad Menurut Syer :

  1. Syarikat Persendirian
  2. Syarikat Awam
 

Syarikat Persendirian

  1. Bilangan ahli adalah minimum seorang dan maksimum 50 orang.

  2. Bilangan pengarah adalah minimum seorang.

  3. Pemilikan syer terbuka kepada individu, persatuan dan entiti perniagaan.

  4. Syer tidak boleh dipindah milik tanpa persetujuan daripada pemegang syer yang lain.

  5. Syer tidak boleh disenaraikan atau diurus niaga di Bursa Malaysia.

  6. Penyata kewangan perlu diedarkan kepada pemegang syer.

  7. Nama syarikat diakhiri perkataan Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd.
    Contoh: Syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. dan Syarikat Warisan Maju Sdn. Bhd
 

Syarikat Awam

  1. Bilangan ahli adalah minimum seorang dan maksimum tiada had.

  2. Bilangan pengarah adalah minimum 2 orang.

  3. Pemilikan syer terbuka kepada individu, persatuan dan entiti perniagaan.

  4. Syer boleh dipindah milik dan mudah dijual beli melalui broker syer di bursa saham.

  5. Syer boleh disenaraikan dan diniagakan secara bebas di Bursa Malaysia.

  6. Penyata kewangan perlu dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat.

  7. Nama syarikat diakhiri perkataan Berhad atau Bhd. Syarikat Awam boleh tersenarai di Bursa Malaysia
    Contoh: Syarikat Proton Berhad dan Syarikat Telekom Malaysia Berhad