Ayat yang terbina daripada gabungan beberapa ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung pancangan seperti:
Perdana Menteri mengumumkan bahawa kakitangan kerajaan akan menerima kenaikan gaji tidak lama lagi.
Tentulah tidak wajar untuk mereka melakukan aktiviti membuli pelajar lain di sekolah.
Contoh ayat majmuk pancangan keterangan musabab: Saya tidak menghadiri majlis perkahwinan itu kerana tidak diundang.
Contoh ayat majmuk pancangan keterangan waktu: Guru baru itu melaporkan diri di sekolah itu setelah menerima surat daripada Jabatan Pelajaran Negeri.
Contoh ayat majmuk pancangan keterangan syarat: Sekiranya awak lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini saya akan menghadiahi awak sebuah motosikal.
Contoh ayat majmuk keterangan cara: Murid-murid di kawasan pedalaman itu ke sekolah dengan menaiki perahu.
Contoh ayat majmuk keterangan tujuan: Pekerja syarikat itu digesa melipatgandakan usaha mereka untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil kerja.
Contoh ayat majmuk pancangan keterangan perbandingan: Sikap pemuda itu yang tidak pandai menghargai pemberian orang lain, samalah ibarat kera mendapat bunga.
Contoh ayat majmuk keterangan pertentangan: Walaupun malam sudah larut, Faizal masih terus mengulang kaji pelajarannya.
Contoh ayat majmuk keterangan akibat: Kanak-kanak itu menjerit terlalu kuat hingga hilang suaranya.
Evaluate your academic performance through detailed report
There is something wrong with this question.