06: Kata Kerja

 
6 Kata Kerja
 
 DEFINISI
 

Kata kerja digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan.

Dalam sebaris ayat, kata kerja berfungsi sebagai predikat. 

 
 
 Kata Kerja Transitif ✔ Boleh dipastikan ✔ Ada objek selepas Kata Kerja  VS  Kata Kerja Tak Transitif X Tidak dapat dipastikan X Tiada objek (kata nama) selepas kata kerja
 

Kata kerja terbahagi kepada :

  1. Kata Kerja Transitif 
  2. Kata Kerja Tak Transitif 
 
Kata Kerja Transitif (KKT)
 
  • Kata kerja transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. 
  • Ayat ini mesti ada peyambutnya (objek).
  • Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘  sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya; membacakan, menduduki, mempersilakan.
 
Contoh ayat

 

  1. Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
  2. Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
  3. Jangan suka memperdaya orang kurang upaya.
 
Penerangan
 

Subjek (Pembuat)

Kata kerja transitif

Penyambut (Objek)

Dia suka membaca buku
Jamilah memukul seekor ular
 

* Kata kerja pasif digunakan dalam ayat pasif manakala kata kerja aktif digunakan dalam ayat aktif.