12: Imbuhan

 
12 Imbuhan
 
 DEFINISI
 

Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

 
 
 Pe - Pem - Pen - Peng Di - Penge - Ke - Juru - PeN...an Per...an  Awalan  Imbuhan   Apitan  Pel...an Ke...an Ter - Se - -an MeN - Memper - BeR -  Akhiran  MeN...an MeN...i Di...kan -kan Di...i
 
Imbuhan Kata Nama

 

  • Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
 
Contoh Imbuhan Pada Awalan Ayat
 
Varian

Contoh Perkataan

Contoh ayat
ke
  • kerabat
  • ketladak
  • kekasih
Kerabat diraja itu makan di warung sahaja.

 

  • Maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar.
  • Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau abstrak.

 

Varian

Contoh 

Perkataan

Contoh ayat
pe-
  pewangi
  peragut
  pesalah
Orang ramai membelasah peragut rantai itu sehingga pengsan.
pem-
  pemfatwa
  pemproses
  pemberontak

​​​​

Mesin pemproses sawit itu mahal harganya.
pen-
  pensyarah
  penswastaan
  penagih
  pendapat

​​​​​​

Pensyarah itu keletihan kerana menyampaikan lima kuliah sehari
peng-
  pengkritik
  pengamal
  pengkhianat
  pengasuh

​​​​​​

Pengacau itu menggangu pengasuh kanak-kanak setiap hari.
penge-
  pengeluar
  pengesan
  pengebom
Pengebom berani mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri
pel-
  pelajar
Pelajar diingatkan supaya menyemak nombor kad pengenalan sebelum mengisi borang.

 

Varian

Contoh Perkataan

Contoh ayat
per pertapa Pertapa itu menghabiskan masa enam purnama untuk menghabiskan zikirnya.

 

Varian

Contoh 

Perkataan

Contoh ayat
juru-
  jurutaip
  juruteknik
  jurutera

​​​​

Semua tugas diserahkan kepada jurutaip, sehingga akhirnya dia meletakkan jawatan.

 

Awalan Penerangan Varian

Contoh Perkataan

Contoh Ayat
dwi- menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar. dwi- dwibahasa, dwifungsi, dwiedaran Majalah itu diterbitkan dalam dwibahasa iaitu Tamil dan Inggeris.
eka- menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-. eka- ekabahasa, ekakaum, ekafungsi Pengunaan ekabahasa belum tentu menjamin perpaduan negara
pasca- dirujuk kepada `selepas'. pasca- pascasiswazah Pengajian pascasiswazah merujuk kepada bidang-bidang sarjana dan kedoktoran.
pra- menunjukkan makna `sebelum'. pra- prasejarah, prakemerdekaan Ahli arekologi itu menggali tulang-temulang manusia prasejarah.
swa- menunjukkan maksud `sendiri'. swa- swalayan, swamodal, swakarya Pelanggan mengambil sendiri makanan di restoran swalayan itu.
 
Contoh Imbuhan Pada Akhiran Ayat
 
Akhiran Penerangan Contoh Perkataan
-man  menunjukkan sifat perkara - samada orang atau benda- yang dirujuk. seniman, budiman
-wan  perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya. olahragawan, usahawan
-wati  menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya. pragawati, olahragawati
-an   pakaian, kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan
 
Contoh Imbuhan Pada Apitan Ayat
 
Apitan Contoh Perkataan
ke....an kezaliman, kesenangan
pe...an peranan, pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan
peN...an penyusunan, pengurangan
 
Contoh Imbuhan Sisipan Pada Ayat
 
Sisipan Contoh Perkataan
-el- telunjuk, kelengkeng, kelabut
-er- keruping, seruling, serabut
-em- kemuning, kemuncup, kemelut