09 : Kata Nama

 
9 Kata Nama
 
   Definisi   
     
  Kata nama ialah perkataan yang menamakan orang, haiwan, benda, tempat atau konsep.  
     
 

Sumber : shernasufina.wixsite.com

 
  • Kata Nama Am

Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

 

Sumber : shernasufina.wixsite.com

 

‚ÄčKata nama am dapat dibahagikan kepada :

(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat.

Contohnya : tangan, rumah, kambing, sungai, lautan, pekerja, ketua, jambatan

 

(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

Sumber : shernasufina.wixsite.com

 

4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:

  • buai - buaian

  • tua - ketua

  • raja - kerajaan

  • tahu - pengetahuan

‚Äč

5. Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Contoh:

  • Dia sedang menjinakkan seekor gajah.

  • Gajah itu berbadan besar. (pada awal ayat)

 
  • Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.


Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.

  • benda : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah

  • orang : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long 

  • binatang : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil

  • tempat : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

 

Sumber : shernasufina.wixsite.com