02 : Ayat Penegasan

 
2 Ayat Penegasan
 
   Definisi   
     
 

Ayat penegas ialah ayat yang memberikan penegasan terhadap isi dan huraian yang dikemukakan.

Ayat ini biasanya mempunyai penanda wacana seperti tegasnya, oleh itu, sehubungan dengan itu, pendek kata, dan sebagainya.

 
     
 

Contoh ayat penegasan yang dalam karangan

  1. Tegasnya, pihak berkuasa wajar bertindak tegas terhadap orang yang mencuri air untuk memastikan krisis air dapat ditangani secepat mungkin.
  2. Justeru, penebangan hutan di kawasan tadahan perlu dikawal agar krisis air tidak terus mengancam kehidupan masyarakat.
  3. Jadi, penggantian saluran paip yang lama perlu disegerakan agar krisis air yang berlaku sekarang dapat diselesaikan dengan segera.
 
  • Ayat penegasan kamu juga perlu seiring dengan kata tugas soalan.