Air

 
4.1 Air
 
  1. Terdiri daripada unsur-unsur seperti hidrogen dan oksigen.
  2. Molekular polar.
 
Sifat dan kepentingan dalam sel:
 
Sifat Penerangan dan Kepentingannya
Kekutuban air
  • Sebatian bukan organik yang terdiri daripada unsur hidrogen (H) dan oksigen (O).
  • Molekular polar: elektron yang dikongsi di antara oksigen dan hidrogen akan tertarik ke arah oksigen (lebih elektronegatif).
  • Menghasilkan ikatan hidrogen dan membolehkan air bertindak sebagai pelarut semesta.
Daya lekitan dan lekatan air
  • Molekul air melekat antara satu sama lain melalui daya lekitan.
  • molekul air juga melekat pada permukaan lain melalui daya lekatan. 
  • Kedua-dua daya menghasilkan tindakan kapilari yang membolehkan air masuk dan bergerak di sepanjang ruang yang sempit. Contoh: tiub xilem.
Muatan haba tentu air
  • Air mempunyai muatan haba tentu yang tinggi iaitu 4.2 kJ kg-1 ° C-1.
  • 4.2 kJ tenaga haba diperlukan untuk menaikkan suhu satu kilogram air sebanyak 1 ° C.
  • Air menyerap banyak tenaga haba dengan kenaikan suhu yang kecil.
  • Mengekalkan suhu badan organisma.