Kesederhanaan Di Sekolah

13.1 Kesederhanaan di sekolah 
 

1. Definisi: Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

2. Kita perlu mengamalkan sikap kesederhanaan dalam perlakuan di sekolah. 

3. Contoh perlakuan sederhana di sekolah:

 
Berbual dan bercakap dengan lemah lembut
Menutup semula paip setelah digunakan
Makan dengan sederhana dan tidak keterlaluan
Menutup suis kipas semasa hendak meninggalkan kelas
 

4. Kebaikan bersikap sederhana di sekolah:

  • Dapat menjimatkan wang 
  • Mengelakkan pembaziran 
  • Disenangi rakan dan warga sekolah