Bantuan Kepada Warga Sekolah

2.1  Bantuan kepada warga sekolah
 

1. Definisi: Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas. 

2. Warga sekolah terdiri daripada 

  • Murid 
  • Guru 
  • Guru besar 
  • Kerani pejabat 
  • Pekerja kantin 
  • Pekerja am sekolah

3. Kita harus bersedia membantu warga sekolah apabila diperlukan.

4. Cara membantu warga sekolah:

 
Membantu guru membawa buku
Membantu rakan dan melaporkan kepada guru
Pam air selepas menggunakan tandas
Membuang sampah ke dalam tong sampah
 

5. Kepentingan membantu warga sekolah:

  • Menjalin hubungan mesra antara warga sekolah 
  • Meringankan beban warga sekolah 
  • Dapat menjayakan suatu program
  • Memupuk sikap prihatin antara warga sekolah