Ciri-ciri Keperibadian, Kekuatan Diri dan Kelebihan Menjadi Usahawan

 
5.1 Ciri-ciri Keperibadian, Kekuatan Diri dan Kelebihan Menjadi Usahawan
 
Gambar menunjukkan Ciri-ciri keperibadian usahawan iaitu Berani mengambil risiko, Berinisiatif dan bertanggung-jawab, Kreatif dan inovatif, Ciri-ciri keperibadian usahawan, Berani untuk gagal, Komitmen yang tinggi, Yakin diri dan optimistik
 

 

 
 Gambar menunjukkan ciri-ciri keperibadian usahawan iaitu Pandai mengambil peluang, Fleksibel, Berfikiran positif untuk berjaya, Kebolehan menentukan visi dan misi, Berdikari dan mempunyai Semangat berpasukan
 

 

 
Kekuatan diri usahawan ialah :
 
  • Kemahiran pembangunan karakter diri
    - Keupayaan seseorang usahawan menghadapi cabaran perniagaan
  • Fokus tenaga dan tumpuan
    - Menumpukan seluruh tumpuan ke atas satu perkara sahaja sehingga berjaya
  • Perhubungan baik dengan pasangan
    - Mempunyai hubungan yang baik dengan mereka yang bekerja bersama-sama
  • Keupayaan membina jenama
    - berkemampuan memulakan perniagaan dan menjadikannya jenama yang berjaya
  • Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu
    - Fokus untuk menyelesaikan masalah kecil supaya tidak mempengaruhi keuntungan organisasi
 
Kelebihan menjadi seorang usahawan:
 
  • Kelebihan kepada diri usahawan
    * Sumber Pendapatan
    * Membentuk ciri keperibadian Usahawan
    * Mewujudkan sikap berdikari
  • Kelebihan kepada keluarga
    * Peluang membuka perniagaan baru
    * Boleh diwarisi
    * Memupuk minat berniaga
  • Kelebihan kepada masyarakat
    * Memenuhi keperluan dan kehendak
    * Mempelbagaikan pilihan produk
    * Menyediakan peluang pekerjaan
  • Kelebihan kepada negara
    * Menambah pendapatan negara
    * Mewujudkan pengaliran masuk mata wang asing
    * Mewujudkan kerjasama serantau