Aplikasi Pengurusan Sumber Manusia Dalam Pembangunan Perniagaan Yang Mampan

 
1.3 Aplikasi Pengurusan Sumber Manusia Dalam Pembangunan Perniagaan Yang Mampan
 
  • Perniagaan yang mampan merupakan perniagaan yang memiliki kekuatan tersendiri dalam aspek penciptaan nilai.
  • Perniagaan yang mampan mampu mengekalkan pencapaian prestasi kedudukan kewangan dan penarafan yang meningkat secara berterusan.
 
MAYBANK
 

Kejayaan maybank menjadi sebuah perniagaan yang mampan kerana bergantung kepada kecekapan dalam pengurusan sumber manusia melalui:

  • Maybank menyediakan pelbagai program kompetensi dan praktikal untuk tenaga kerja agar para pekerja mempunyai bakat dan kemahiran yang tersendiri.
  • Maybank melaksanakan latihan penginstitusian bersama-sama pihak kerajaan dan swasta untuk membangunkan pasukan dan perkongsian kemahiran pekerja.
  • Maybank mengamalkan pelbagai penilaian dalam proses pembangunan prestasi pasukan menerusi penetapan indeks prestasi utama (kpi).
  • Pihak pengurusan sumber manusia kerap mengadakan sesi dialog mingguan dalam talian bagi memberi laluan kepada pekerja untuk menyumbang buah fikiran demi penambahbaikan organisasi.
  • Maybank menyediakan saluran e-mel (asm) untuk membolehkan peringkat bawahan menyampaikan idea atau masalah kepada exco kumpulan.
  • Maybank melaksanakan pelbagai program kepimpinan dalam pemantapan budaya profesional dalam kalangan pihak pengurusan.
  • Maybank menumpukan pembangunan kreativiti dan inovasi bakat baru menerusi ujian wawasan, kemahiran menyelesaian masalah, kepintaran matematik, aplikasi dalam talian selain keupayaan untuk menangani persekitaran yang mencabar.
  • Maybank telah mewujudkan pelbagai skim ganjaran seperti peluang pembangunan dan kerjaya, faedah, pelan insentif jangka panjang, tunai boleh ubah, tunai tetap lain dan bayaran asas.
  • Maybank melaksanakan konsep T. I. G. E. R yang menjadi garis panduan kepada semua pekerja untuk mewujudkan persekitaran kerja dalaman yang positif dan harmoni.
 
 
PERODUA
 
  • Perodua menyediakan penghuraian dan spesifikasi tugas yang jelas dan teratur untuk dijadikan panduan kepada pekerja.
  • Pembahagian dan pengkhususan kerja membolehkan pekerja bekerja mengikut kemahiran dan keupayaan yang sesuai.
  • Hal ini telah meningkatkan keupayaan, kompetensi dan sumbangan pekerja kepada syarikat.
  • Pekerja diberi peluang mengikuti latihan simulasi, teknikal dan praktikal bagi mendedahkan mereka dengan pengetahuan penggunaan teknologi terkini.
  • Program mentor menti dan pembelajaran kendiri diwujudkan bagi menggalakkan perkongsian pengetahuan profesional, kemahiran teknikal dan pengalaman.
  • Keadaan ini secara langsung menggalakkan budaya kerjasama dan sepasukan dalam mencapai KPI organisasi.
  • Sistem pengurusan sumber manusia juga memantau keperluan pekerja dalam organisasi melalui pangkalan data pekerja, bagi memastikan proses pengeluaran (production line) tidak terganggu oleh masalah kekurangan pekerja.
  • Keperluan pekerja dapat diatasi menerusi carta penggantian, pengambilan pekerja secara luaran atau mempromosikan pekerja dalaman yang berpengalaman
  • Pelan penambahbaikan prestasi pekerja dilaksanakan menerusi pelbagai ganjaran dan insentif yang menarik kepada pekerja yang cemerlang.
  • Khidmat nasihat dan kaunseling juga disediakan untuk memotivasikan pekerja yang kurang produktif.
  • Hubungan harmoni antara majikan dan pekerja diwujudkan menerusi pematuhan kepada perubahan dasar, prosedur dan peraturan yang ditetapkan organisasi.