Sistem Penggajian Bagi Sesebuah Organisasi

 
1.7 Sistem Penggajian Bagi Sesebuah Organisasi
 
  Gaji  
  Bayaran secara tetap yang dibayar oleh majikan kepada pekerja yang menyumbang tenaga dalam sesebuah organisasi.  
     
 
Tujuan gaji : Menarik pekerja berkhidmat dalam organisasi, mengekalkan pekerja yang berpengalaman dan memotivasikan pekerja
 
  Gaji Asas  
  Gaji yang diterima oleh pekerja tanpa melibatkan sebarang pembayaran tambahan seperti elaun, bonus, komisen dll. Gaji asas dibayar mengikut perjanjian pekerjaan yang dibuat antara majikan dan pekerja.  
     
 
  Upah  
  Bayaran yang akan dibayar kepada pekerja berdasarkan tempoh jam bekerja @ hari bekerja.  
     
 
  Elaun  
  Bayaran tambahan yang akan dibayar oleh majikan kepada pekerja. Pemberian elaun bergantung kepada jenis jawatan yang disandang.  
     
 

Contoh Faedah:

Caruman KWSP, Caruman Perkeso
Komisen, Biasiswa pendidikan, Kemudahan Cuti, Kemudahan Perubatan, Insurans Berkelompok

 

Faktor Penentu Sistem Penggajian

  • Kemampuan Organisasi-kedudukan kewangan yang kukuh akan memberi banyak gajaran kepada pekerja
  • Bentuk dan Jenis Tugas-pekerja yang bertanggungjawab besar diberi ganjaran lebih tinggi
  • Undang-undang dan Peraturan Kerajaan-kadar ganjaran minimum
  • Ganjaran yang dibayar oleh pesaing-majikan beri ganjaran setara atau lebih tinggi berbanding pesaing, ganjaran menarik memotivasi dan mengekalkan pekerja untuk berkhidmat, mengelak pusing ganti pekerja.
  • Permintaan dan dan penawaran buruh-menentukan upah dipasaran
  • Faktor lokasi- kedudukan geografi kawasan, risiko lokasi dan kemudahan infrasktruktur