Kekuatan dan Kelemahan Jenis Pembiayaan untuk Sesebuah Perniagaan

 
3.4 Kekuatan dan Kelemahan Jenis Pembiayaan untuk Sesebuah Perniagaan
 
 

Sumber Pembiayaan Dalaman

Kekuatan

  • Cepat dan ringkas.
  • Tidak melibatkan kos seperti faedah atas pinjaman.

Kelemahan

  • Modal terhad.
  • Sukar menambah modal dalam masa yang singkat.
 

Sumber Pembiayaan Luaran

Kekuatan

1. Bank atau institusi kewangan

  • Tempoh bayaran balik pinjaman dan ansuran bulanan boleh mengikut kemampuan peminjam.
  • Jumlah pinjaman boleh disesuaikan dengan keperluan semasa.

2. Agensi kerajaan

  • Memberi pinjaman kepada peniaga yang tidak mempunyai cagaran.
  • Jumlah pinjaman boleh disesuaikan dengan keperluan semasa.
  • Tidak dikenakan faedah.

Kelemahan

1. Bank atau institusi kewangan

  • Memerlukan penjamin.
  • Memerlukan cagaran dalam bentuk harta atau aset tetap.
  • Tertakluk kepada syarat pinjaman.
  • Dikenakan faedah yang tinggi.

2. Agensi kerajaan

  • Persaingan yang sengit.
  • Jumlah pinjaman yang terhad menyebabkan syarikat terpaksa membuat pinjaman berulang kali.
  • Tertakluk kepada terma dan syarat.