Jenis Pembiayaan Dalaman dan Luaran yang Sesuai untuk Sesebuah Perniagaan

 
3.2 Jenis Pembiayaan Dalaman dan Luaran yang Sesuai untuk Sesebuah Perniagaan
 
Sumber Pembiayaan Dalaman
 

1. Simpanan peribadi

  • Perniagaan dimulakan dengan wang simpanan peribadi

2. Modal dari keuntungan (rizab)

  • Perniagaan dimulakan dengan wang rizab
  • Rizab ialah keuntungan yang diperoleh dari hasil pelaburan
  • Rizab digunakan sebagai modal pusingan
 
Sumber Pembiayaan Luaran
 

1. Pembiayaan daripada bank dan institusi kewangan

  • Modal permulaan
  • Sewa beli
  • Pajakan
  • Pemfaktoran
  • Syer
  • Overdraf
  • Pinjaman perniagaan gadaian/Ar-Rahnu
 

2. Pembiayaan daripada agensi kerajaan

  • Bantuan modal
  • Jaminan kredit
  • Geran penyelidikan dan pembangunan
 

 

 
Sumber Pembiayaan Luaran
 

(1) Pembiayaan dari bank dan institusi kewangan

1. Modal permulaan

  • Diberikan kepada usahawan yang hendak mulakan perniagaan
  • Dikenali sebagai Sumber Modal Formal.
  • Pinjaman berbentuk pinjaman berpenggal, pinjaman jangka pendek dan pinjaman jangka panjang

2. Sewa Beli

  • Aktiviti sewa aset
    Tujuan : Untuk membeli aset tersebut setelah selesai bayaran ansuran
  • Bank akan beli dahulu aset tersebut dan sewakan
  • Hak milik akan berpindah setelah selesai bayaran ansuran

3. Pajakan

  • Bank/Institusi kewangan sewa mesin/jentera kepada usahawan

  • Bank/Institusi kewangan/syarikat pajakan pegang hak milik mesin

  • Usahawan= Penyewa

  • Usahawan perlu membayar sewa sepanjang tempoh pajakan

  • Contoh aset yang biasa dipajak seperti mesin, kenderaan dan premis

  • Kebaikan pajakan kepada usahawan:
    a) dapat menggunakan aset tanpa mengeluarkan modal
    b) Hanya perlu bayar sewa sahaja
    c) Kos kerosakkan mesin/aset ditanggung oleh syarikat pajakan
    d) Penjimatan melalui bayaran sewa yang rendah
    e)Tidak menanggung risiko keusangan aset
    f) Boleh kurangkan pembayaran cukai

4. Syer

  • Bahagian dalam modal perniagaan/saham
  • Syer diterbitkan untuk dapatkan modal
  • Bank Saudagar menjadi penanggung jaminan terbitan syer oleh syarikat awam
  • Bank saudagar akan beli syer yang tidak dapat dilanggan oleh pelabur

5. Overdraf

  • Kemudahan kredit yang disediakan oleh bank perdagangan.
  • Diberikan kepada pemegang akaun semasa
  • Wang boleh dikeluarkan melebihi jumlah simpanan
  • Faedah dikenakan atas jumlah overdraf yang digunakan ikut kadar harian
 

 

 

6. Pinjaman perniagaan gadaian/Ar-Rahnu

  • Barang beharga dijadikan cagaran untuk dapatkan pinjaman
  • Jika hutang tidak dapat dibayar, barang cagaran akan jadi hak milik Ar-Rahnu
  • Kelayakan Pemohon Gadaian
    -Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemaustatin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.
    -Tidak Muflis
  • Hak Gadaian
    -Pinjaman maksimum sehingga 80% daripada nilai semasa barang kemas (nilai marhun) atau RM100,000.00 bagi setiap pelanggan (RM25K bagi setiap Surat Akuan Gadaian).
    -Pinjaman minimum adalah RM250.00 bagi setiap satu jenis barangan gadaian
  • Tempoh Gadaian
    Tempoh gadaian pertama ialah 6 bulan, dan boleh dilanjutkan selama 3 bulan sebanyak 4 kali tertakluk kepada penyelesaian upah simpan terdahulu.
  • Bayaran Ansuran Gadaian
    Pembayaran upah simpan dan pinjaman boleh dibuat secara ansuran di mana-mana cawangan, mesin ATM, CDM dan Perbankan Internet
  • Penebusan Gadaian
    Penebusan gadaian boleh dibuat secara berperingkat atau sepenuhnya sebelum atau pada
    tarikh matang
  • Cara Memohon
    a)Borang pemohonan Ar-Rahnu.
    b) MyKad dan barang gadaian
  • Kelebihan
    a)Produk yang mematuhi garis panduan syariah.
    b) Bebas dari unsur Riba dan Gharar
    c) Upah simpan yang rendah
    d) Had pinjaman yang tinggi
    e) Semua urusan dilakukan di hadapan pelanggan di dalam sebuah bilik khas
    f) Cepat, mudah dan selamat
    g) Servis cucian emas yang rendah ditawarkan kepada pelanggan Ar-Rahnu Muamalat

7. Pemfaktoran

  • Peniaga boleh menjual akaun belum terimanya / invois kepada syarikat pemfaktoran / bank untuk mendapatkan wang tunai dengan segera

  • Jumlah wang tunai yang diterima oleh peniaga adalah jumlah nilai akaun belum terima / invois setelah ditolak kadar faedah dan bayaran perkhidmatan antara 1 – 2 peratus atas nilai aset akaun belum terima / invois
    - contoh syarikat pemfaktoran : Public Leasing and Factoring Sdn. Bhd.

  • Kebaikan kepada peniaga:
    a) boleh mendapat wang tunai dengan segera
    b) dapat mengelakkan risiko hutang lapuk
    c) mengatasi masalah aliran tunai
    d) tidak perlu lagi mengawasi akaun belum terima

 
 

(2) Agensi kerajaan

  • Kerajaan sediakan pelbagai skim dan dana kewangan
  • Antaranya :
    (a) Bantuan modal
    - Mudah diperoleh
    - Diurus oleh institusi kewangan terlibat
    (b) Jaminan kredit
    -Jaminan kepada peniaga untuk dapatkan pinjaman bank
    -Peniaga tiada cagaran atau status kewangan tidak memuaskan
    (c) Geran penyelidikan dan pembangunan
    - Untuk galakkan syarikat lebih inovatif gunakan teknologi sedia ada
    - Cipta teknologi/produk baru
    - Kerajaan sediakan pelbagai skim dan dana kewangan, Antaranya : Bantuan modal, jaminan kredit serta geran penyelidikan dan pembangunan
 

 

 
 Gambar menunjukkan PEMBIAYAAN DARIPADA BANK DAN INSTITUSI KEWANGAN iaitu Beri pinjaman dari peringkat permulaan, perkembangan dan pemulihan, Peminjam mesti ada aset sebagai cagaran, Terdiri daripada pinjaman jangka pendek dan pinjaman jangka panjang
 

 

Agensi Kerajaan Yang Menyediakan Kemudahan Pembiayaan
 

1. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

  • Membantu perniagaan Bumiputera
  • Bantu PKS-utk memulakan dan kembangkan perniagaan
  • Pembiayaan sektor perniagaan patuh syariah seperti pembuatan, peruncitan
  • Antara skim yang MARA tawarkan ialah:
    a) Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress(SPiKe)
    b) Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)
    c) Skim Jaminan Usahawan Mara (SJUM)
  • MARA sediakan kemudahan ruang niaga, gerai, tapak kilang dan arked
  • MARA juga sediakan kursus dan latihan untuk usahawan

2. Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)

  • Konsep TEKUN : Pinjaman asas simpanan-pinjaman diberi sebagai modal tambahan
  • Objektif TEKUN :
    a) Beri modal tambahan kepada peniaga
    b) Menggalakkan budaya menabung dalam kalangan peniaga
    c) Wujudkan jaringan usahawan
    d) Bina kemahiran usahawan
  • Skim yang ditawarkan TEKUN:
    a) Skim Pembiayaan Program Temannita
    b) Skim pembiayaan Kontrak-I
    c) Skim pembiayaan Teman Tekun
    d) Skim pembiayaan Tekun Niaga
    e) Program pembangunan Usahawan Bekas Tentera
    f) Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda Bumiputera
  • Jumlah Pinjaman : Antara RM500 hingga RM50,000
  • Tempoh Bayaran Balik : Antara sebulan hingga 5 Tahun

3. Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad/ Syarikat Jaminan Kredit Malaysia (CGC)

  • Membantu usahawan PKS yang tidak ada cagaran untuk mendapat pembiayaan daripada institusi kewangan supaya lebih berdaya maju
  • CGC bertindak sebagai pemberi jaminan kredit untuk memudahkan permohonan pinjaman diterima oleh bank

4. Agrobank

  • Dimiliki oleh kerajaan di bawah kementerian Kewangan
  • Pembangunan dan perniagaan berkaitan pertanian
  • Sediakan dana dan tabung pinjaman
  • Kadar caj perkhidmatan rendah
  • Pembiayaan untu beli tanah, mesin, jentera, jentolak
  • Antara dana yang disediakan ialah :
    a) Modal Usahawan 1 Malaysia(MUSIM-i)
    b) Kemudahan Pembiayaan Modal Kerja-I(Tawarruq)
    c) Program Agropreneur Muda(PAM)

5. Kementerian Sains, Teknologi dan  Inovasi (MOSTI)

  • Tawarkan geran insentif dalam bidang sains dan teknologi
  • Tujuan : untuk galakkan syarikat terlibat dengan penyelidikan dan pembangunan produk
  • Dana yang diperkenalkan :
    1) DANA SMART-untuk cari usahawan/penyelidik dalam bidang teknologi, pemprosesan dan produk
    2) DANA GO- terbahagi kepada 2 iaitu:
    a) Dana Fasiliti
    b) Dana Inno
 
 
Dana Fasilitasi
Untuk bantu pemohon kurangkan jurang kegagalan antara fasa pra pengkomersialan kepada pengkomersialan
 
 
Dana Inno
Untuk biayai pembangunan atau penambahbaikan produk/perkhidmatan dengan
unsur inovasi