Pembangunan Produk dan Pasaran Baharu

4.3 Pembangunan Produk dan Pasaran Baharu
 
Pembangunan Produk
Merujuk pada suatu aktiviti dan strategi pertumbuhan kepada perniagaan yang sedang dijalankan yang bertujuan untuk memperkenalkan produk baharu kepada pasaran sedia ada.
 
Imej ini menunjukkan proses 'Pembangunan Produk Baharu' yang terdiri daripada beberapa langkah. Langkah-langkah tersebut termasuk: 1. **Penjanaan Idea**: Mencari sumber idea produk baharu daripada pelbagai sumber. 2. **Penyaringan Idea**: Proses menapis idea-idea yang tidak berpotensi untuk berjaya. 3. **Pembangunan Produk dan Pengujian Konsep**: Menghasilkan dan menguji produk untuk memastikan ia sesuai dengan kehendak syarikat. 4. **Pembangunan Strategi Pemasaran**: Merancang strategi pemasaran untuk produk baharu. 5. **Analisis Perniagaan**: Kajian semula idea untuk memastikan ia dapat memberikan
 
Pembangunan Produk Baharu
  1. Penjanaan Idea
    • Proses bagi memenuhi keperluan pasaran.
    • Carian sistematik untuk idea-idea produk baharu berdasarkan dua jenis sumber utama iaitu sumber dalaman dan sumber luaran.
       
  2. Penyaringan Idea
    • Proses mengkaji idea-idea produk baharu untuk memilih yang terbaik.
    • Menggugurkan yang kurang potensi.
       
  3. Pembangunan Produk dan Pengujian Konsep
    • Pembangunan produk – idea produk yang berpotensi untuk ditawarkan oleh syarikat sendiri.
    • Pengujian konsep – menguji konsep baharu dengan kumpulan pengguna sasaran untuk mengetahui konsep berjaya menarik perhatian atau tidak.
       
  4. Pembangunan Strategi Pemasaran
    • Menerangkan sasaran pasaran, posisi produk yang dirancang,jualan, syer pasaran dan matlamat keuntungan.
    • Melibatkan harga, produk, pengagihan dan promosi.
       
  5. Analisis Perniagaan
    • Kajian semula jualan, kos dan unjuran keuntungan untuk mengetahui sama ada dapat memenuhi objektif syarikat.
       
  6. Pembangunan Produk
    • Proses mereka bentuk produk daripada idea atau proses pembuatan produk prototaip.
       
  7. Ujian Pemasaran
    • Melibatkan ujian ke atas produk prototaip untuk mengenal pasti penerimaan pengguna terhadap produk yang dibangunkan.
       
  8. Komersialisasi
    • Melibatkan proses pembuatan sesuatu keputusan berkaian tempat, bila, sasaran pasaran,promosi.
 
Pasaran Baharu
Usaha berkaitan dengan pemasaran strategik yang dilakukan untuk mencari pasaran baharu bagi tujuan memasarkan produk yang sedia ada.
 
Kepentingan Pasaran Baharu
  • Menguasai pasaran lebih besar.
  • Mengembangkan pasaran sedia ada.
  • Pasaran baharu akan mewujudkan peluang pasaran.
  • Mengelakkan daripada terlibat dalam pasaran tepu.