Tujuan Setiap Bahagian Fungsian

 
4.2

Tujuan Setiap Bahagian Fungsian

 
  Fungsian Pentadbiran  
  Merujuk pada pelaksanaan sesuatu tugas yang telah ditetapkan ke arah mencapai sesuatu VMO dalam perniagaan  
     
 

Peranan Fungsian Pentadbiran:

  • Menjalankan urusan dalaman organisasi perniagaan Cth : mengurus,menyimpan dan menerima rekod
  • Menyediakan dokumen syarikat dan menguruskan program Cth : mengadakan mesyuarat
 
  Fungsian Sumber Manusia  
  Melibatkan aktiviti perancangan sumber manusia,temu duga,penilian prestasi dan kebajikan pekerja dalam organisasi  
     
 

Peranan Fungsian Sumber Manusia

  • Perancangan sumber manusia
    - Proses mengambil pekerja atau staf
    - Membentuk polisi berkaitan dengan pembangunan kerjaya pekerja

  • Latihan dan pengalaman
    - Pelaksanakan program induksi dan latihan kemahiran - untuk pekerja baharu dan pekerja sedia ada
    - Pembangunan pekerja - meningkatkan keupayaan pekerja untuk menerima
    tanggungjawab dan tugas

  • Perkhidmatan pekerja dan kebajikan
    - Menyediakan kemudahan untuk pekerja semasa bertugas dalam organisasi
    - Memberikan khidmat kaunseling,menjaga kebajikan pekerja

  • Perhubungan indistri
    - Menyuarakan ketidakpuasan mereka terhadap kemudahan yang disediakan
    oleh pihak majikan melalui kesatuan sekerja

 
  Fungsian Kewangan  
  Aktiviti untuk merancang, menyusun, mengarah dan mengawal segala aspek pembiayaan dan perbelanjaan dalam perniagaan  
     
 

Peranan Fungsian Kewangan:

  • Membuat perancangan kewangan
    - Menentukan objektif kewangan yang hendak dicapai oleh organisasi

  • Mengagihkan sumber kewangan mengikut peruntukan yang ditetapkan
    - Bajet kewangan yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan perlu diagihkan mengikut peruntukan

  • Mengawal kewangan setiap bahagian
    - Memastikan perbelanjaan setiap bahagian berdasarkan bajet yang telah diluluskan
    - Memantau setiap aktiviti kewangan supaya masalah salah urus perbelanjaan tidak berlaku
    - Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan penipu

  • Terdiri daripada
    - Akauntan :  Menyediakan laporan preastasi kewangan untuk melihat untung rugi syarikat
    - Pegawai kewangan : Memeriksa bajet jabatan dan pendapatan terkini daripada jualan dan menyediakan unjuran jualan tunai
    - Pegawai kredit : Membantu akauntan menyelia rekod-rekod kewangan
    - Staf kewangan : Membantu menyediakan penyata kewangan

 
  Fungsian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)  
  Teknologi pengkomputeran dan telekomunikasi yang digunakan
dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, penerbitan, penyiaran, perubatan, pendidikan.
 
     
 

Peranan Fungsian ICT:

  • Bertanggungjawba terhadap keselamatan sistem
  • Memastikan hanya pengguna yang dibenarkan sahaja bolehmengakses sistem
  • Memastikan adanya sistem simpanan yang penuh untuk menyimpan semula data kritikal dalam keadaan kecemasan
  • Membantu dan menolong pekerja menyelesaikan masalah berkaitan dengan penggunaan perisian baharu
 
  Fungsian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)  
  Melibatkan pembangunan produk baharu dan penambahbaikan produk yang sedia ada  
     
 

Peranan fungsian R&D:

  • Merancang aktiviti pembangunan produk baharu
  • Penambahbaikan produk sedia ada
  • Meningkatkan kualiti produk yang sedia ada
  • Menghasilkan produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak
 
  Fungsian Pembelian  
  Aktiviti yang dilakukan oleh dua pihak iaitu penjual dan pembeli bagi tujuan menukarkan barang dan perkhidmatan dengan menggunakan alat transaksi yang sah.  
     
 

Staf bahagian pembelian :

  • Sediakan kontrak dengan pembekal untuk membekalkan barang yang diperlukan dalam operasi pengeluaran
  • Memastikan syarikat membayar pada jumlah yang berpatutan pada harga pembekal
 

Peranan fungsian pembelian:

  • Menentukan kuantiti dan spesifikasi barang yang dibeli adalah tepat
  • Menentukan pemilihan pembekal yang bersesuaian dan cekap
  • Memastikan barang yang diterima tepat pada masa dan lokasi yang telah ditetapkan
 

Tatacara Pembelian

 
  Fungisan Pengeluaran  
  Proses menghasilkan barang melalui proses transformasi penukaran input kepasa output bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna  
     
 

Peranan Fungsian Pengeluaran:

  • Menghasilkan barang dan perkhidmatan
    - Mematuhi aspek dan standard kualiti yang ditetapkan

  • Memenuhi keperluan dan kehendak
    - Output yang dihasilkan iaitu barang dan perkhidmatan akan dipasarkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dalam pasaran

  • Menukarkan input kepada output
    - Merancang dan menjalankan proses transformasi input ( Tanah, Buruh, Teknologi dan Bahan Mentah) untuk menghasilkan output.

 
Proses Pengeluaran
 

Tiga jenis kawalan dalam pengeluaran iaitu:

1. Kawalan awalan
✓ memastikan semua unsur input dalam keadaan baik dan mempunyai kualiti


2. Kawalan semasa
✓ melakukan kawalan semasa proses pengeluaran iaitu pengeluaran .mesin dan staf

3. Kawalan selepas
✓ menjalankan pemeriksaan kualiti terakhir secara manual dan automatik terhadap produk yang dikeluarkan

 
  Fungsian Pemasaran  
  Suatu aktiviti mencipta nilai produk, penentuan harga barang, promosi, dan pengedaran produk bagi memenuhi keperluan pengguna dan mencapai objektif organisasi  
     
 

Peranan Fungsian Pemasaran:

  • Mewujudkan dan meningkatkan permintaan
  • Mempromosikan produk melalui pelbagai media pengiklanan
    - Cth :Televisyen,Radio,Surat khabar,Majalah, dan Katalog
  • Mendapat dan mengemaskinikan profil pelanggan yang sedia ada
 

Dua unsur Strategi Pemasaran:

1. Sasaran pasaran

  • kumpulan pengguna sedia ada atau bakal pengguna yang berpotensi membeli dan menggunkan produk yang dikeluarkan oleh organisasi
  • mempunyai ciri-ciri yang sama dari segi cita rasa,tahap pendidikan,umur dan sebagainya.

2. Campuran pemasaran

  • Rangkuman beberapa strategi utama yang direka bentuk dan diuruskan oleh pemasar
  • Unsur - unsur campuran pemasaran (4P)
    1. Produk (product)
    2. Harga (price)
    3. Pengagihan (place)
    4. Promosi (promotion)
 
  Fungsian Pengagihan  
  Barang atau perkhidmatan yang diagihkan oleh perniagaan dapat diterima oleh pengguna mengikut tempat dan masa yang tepat serta berada dalam keadaan baik.  
     
 

Peranan Fungsian Pengagihan:

  • Memastikan barang disimpan dengan baik dan dilabel sebelum dihantar pada waktu yang tepat
  • Memeriksa semua barang yang ditempah dan bertindak jika terdapat perbezaan atau kesilapan
  • Melengkapkan dokumen penghantaran
  • Menyediakan jadual pergerakan kenderaan
 

Empat jenis saluran agihan utama:

1.  Pengeluar >> pengguna

  • Contoh barang dan perkhidmatan :
    - barang tidak tahan lama,barang bernilai tinggi,tempahan khas,perkhidmatan profesional

2. Pengeluar >> peruncit >>pengguna

  • Contoh barang :
    - kosmetik, tayar, alat elektrik, pakaian

3. Pengeluar >> pemborong >>peruncit >>pengguna

  • Contoh barang :
    - barang keperluan harian ( gula, beras, dan barang dapur)

4. Pengeluar >>ejen >> peruncit >> pengguna

  • Contoh barang:
    - pakaian berjenama, buku, majalah
 
  Fungsian Jualan  
  Suatu transaksi yang memberikan nilai tambah dalam memenuhi keperluan pelanggan dan memberi manfaat nersama kepada penjual dan pembeli.  
     
 

Peranan Fungsian Jualan:

  • Menjawab pertanyaan pelanggan berkaitan dengan barang jualan
    - Cth : jenis,spesifikasi,dan kualiti
  • Membuat jualan secara bersemuka atau secara dalam talian
  • Menyediakan sebut harga dan melakukan rundingan dengan pengguna tentang kadar diskaun dan terma jual beli
 
  Fungsian Khidmat Pelanggan  
  Keupayaan dan kebolehan organisasi perniagaan dalam menyampaikan produk untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan melebihi daripada tahap yang mereka harapkan dan perkhidmatan diberikan secara berterusan dan konsisten.  
     
 

Peranan Fungsian Khidmat Pelanggan

  • Menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan dengan barang dan perkhidmatan
  • Menyediakan pakar mengikut jenis produk yang disediakan oleh organisasi berkenaan.