Penggunaan Teknologi Maklumat

 
4.4

Penggunaan Teknologi Maklumat

 

Merupakan salah satu proses :

1) Pengaliran
2) Penyebaran
3) Pemprosesan
4) Penyimpanan maklumat dengan menggunakan perantaraan teknologi

 

Kaedah mengaplikasikan teknologi maklumat dalam perniagaan

1. e-pemasaran

  • Memasarkan produk secara onlie
  • Pelanggan mehetahui maklumat dan boleh buat tempahan segera

2. e-dagang

  • Tempahan, pembelian,dan pembayaran dilakukan secara online
  • Peningkatan hasil jualan kerana memudahkan pekerja memenuhi kehendak pelanggan dengan segera dan secara berterusan tanpa henti.

3. e-government

  • Pihak kerajaan melaksanakan urusan secara online
  • Urusan pihak kerajaan lebih cepat,menjimatkan kos dan telus

4. e-banking

  • Perbankan menggunakan urusan online dengan pihak bank
  • Urusan perbankan menjadi lebih cepat dan menjimatkan kos
  • Contoh : bayar bil,membuat pelaburan, semak baki akaun, urusan keluar masuk duit

5. Penggunaan laman sosial

  • Peniaga membuat perkongsian urusan dengan pelanggan melalui laman sosial
  • Faedah – mengiklankan barang,meluaskan rangkaian rakan perniagaan, mencari pelanggan baharu dan mengekalkan pelanggan sedia ada

6. Penggunaan e-mel

  • Menggunakan mel-elektronik untuk berurusan dengan perniagaan lain dalam pasaran
  • Menyampaikan maklumat kepada pelanggan dengan cepat dan menjimatkan kos perniagaan.