Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Memupuk semangat persaudaraan sesama manusia serta mengamalkannya secara beradab dan istiqamah
Manisnya Persaudaraan
1.5
Manisnya Persaudaraan
Surah Al-Imran Ayat 103
وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللّٰهِ جَمِيْعًا وَّلَا تَفَرَّقُوْا ۖوَاذْكُرُوْا نِعْمَتَ اللّٰهِ عَلَيْكُمْ اِذْ كُنْتُمْ اَعْدَاۤءً فَاَلَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ فَاَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهٖٓ اِخْوَانًاۚ وَكُنْتُمْ عَلٰى شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَاَنْقَذَكُمْ مِّنْهَا ۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللّٰهُ لَكُمْ اٰيٰتِهٖ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُوْنَ
Maksud Potongan Ayat
وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللّٰهِ جَمِيْعًا
Dan berpegang tegulah kamu sekalian dengan tali Allah (agama Islam).
وَّلَا تَفَرَّقُوْا
Dan janglah kamu bercerai-berai.
وَاذْكُرُوْا نِعْمَتَ اللّٰهِ عَلَيْكُمْ
Dan kenanglah nikmat Allah kepadamu.
اِذْ كُنْتُمْ اَعْدَاۤءً
Ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu).
فَاَلَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ
Lalu Allah menyatukan hati-hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam).
فَاَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهٖٓ اِخْوَانًاۚ
Maka dengan nikmat Allah itu kamu menjadi orang Islam yang bersaudara.
وَكُنْتُمْ عَلٰى شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ
Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah).
فَاَنْقَذَكُمْ مِّنْهَا
Lalu Allah menyelamatkan kamu daripada neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga).
كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللّٰهُ لَكُمْ اٰيٰتِهٖ
Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangannya.
لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُوْنَ
Supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.
Sebab Penurunan Ayat
Semasa jahiliah suku Aus dan Khazraj bermusuhan.
Melalui agama Islam Rasulullah SAW telah berjaya menyatukan mereka.
Pada suatu masa, seorang Yahudi telah membangkitkan kembali permusuhan antara Aus dan Khazraj sehingga mereka hampir berbunuhan.
Namun demikian, Rasulullah SAW telah mendamaikan permusuhan tersebut.
Maka turunlah ayat 101 hingga 103 surah Al-Imran.
Maksud Berpegang dengan Tali Allah SWT
Tali Allah SWT bermaksud agama Islam secara keseluruhannya.
Oleh itu berpegang denga tali Allah bermaksud berpegang teguh dengan ajaran Islam.
Dalil Naqli
(٢٠٨) يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱدْخُلُوا۟ فِى ٱلسِّلْمِ كَآفَّةًۭ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَـٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّۭ مُّبِينٌۭ
Maksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Surah Al-Baqarah, 2: ayat 208)
Cara Mengukuhkan Persaudaraan
Hati
Ikhlas:
Tidak ada sesuatu ketetapan melainkan mentaati perintah Allah SWT dan rasul.
Bersangka baik:
Kita hendaklah menjaga perasaan orang lain dengan tidak bersikap buruk kepadanya.
Lisan
Ucapan salam:
Setiap kali bersua muka dan hendak berpisah hendaklah memberikan dan menjawab salam.
Bertegur sapa:
Bertanya khabar dan bertegur sapa apabila berjumpa.
Perbuatan
Membantu mereka yang memerlukan:
Bantuan ini dapat merapatkan hubungan baik sesama insan.
Menunaikan solat berjemaah:
Salah satu cara mengukuhkan persaudaraan sesama Islam adalah dengan menunaikan solat berjemaah.
Hikmah Persaudaraan dalam Islam
Individu
Memupuk rasa persaudaraan dan kasih sayang kepada keluarga dan sesama saudara muslim yang lain.
Mententeramkan jiwa kerana semua orang saling menyayangi.
Keluarga
Membentuk keluarga bahagia kerana setiap anggota keluarga saling menghormati.
Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam keluarga kerana telah didik dengan adab dan tatasusila yang baik.
Masyarakat dan Negara
Membentuk masyarakat yang bersatu padu kerana saling menjaga hati dan perasaan orang lain.
Membentuk perpaduan dalam masyarakat kerana setiap individu mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan perbalahan dalam masyarakat.
Negara aman damai kerana setiap anggota masyarakat sentiasa berdisiplin dan bertanggungjawab.
Pengajaran Ayat
Sebagai umat Islam, kita hendaklah:
Bertanggungjawab menjaga perpaduan dalam masyarakat kerana Islam menyuruh umatnya berpegang teguh dengan ajaran agama dan tidak berpecah-belah.
Menjaga imej umat Islam dengan sentiasa melakukan amar makruf nahi mungkar dalam kehidupan.
Kembali kepada ajaran Islam apabila berlaku perselisihan kerana Al-Quran dan Hadis adalah sebagai panduan hidup dalam semua aspek.
Sentiasa berusaha mengeratkan persaudaraan dalam Islam kerana tuntutan agama dan menepati naluri manusia.
Sentiasa berdoa agar kekal dalam Islam setelah menerima hidayah.

Chapter : Al-Quran
Topic : Memupuk semangat persaudaraan sesama manusia serta mengamalkannya secara beradab dan istiqamah
Form 2
Pendidikan Islam
View all notes for Pendidikan Islam Form 2
Related notes
Allah S.W.T Pengurnia Hidayah
Hanya Allah S.W.T yang Maha Esa
Luasnya kuasa Allah S.W.T
Mudahnya Tajwid
Mengharap Keampunan Allah S.W.T
Kesantunan Dakwah Rasulullah S.A.W
Amanah terhadap Harta dan Nyawa
Mungkar Dicegah Hidup Berkat
Mencari yang Halal
Kekuatan dan Kekuasaan Allah S.W.T
Report this note
Multi-Level Quiz Sets
Assess yourself by staged practices
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account