Allah S.W.T Pengurnia Hidayah

1.1

Allah SWT Pengurnia Hidayah

 Surah Al-Imran ayat 8:

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ اِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً ۚاِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ
 

 

Maksud potongan ayat

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوْبَنَا

Wahai Tuhan kami! 

Janganlah Engkau memesongkan hati kami

بَعْدَ اِذْ هَدَيْتَنَا

sesudah Engkau berikan petunjuk (hidayah) kepada kami

وَهَبْ لَنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً

dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisimu

اِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ

sesungguhnya Engkau jugalah Tuhan Yang Maha Pemberi Kurnia

 

Intisari ayat:

  • Umat Islam perlu berdoa agar ditetapkan hati dalam hidayah.
  • Allah SWT meneguhkan hati mukmin dalam keimanan sebagai tanda rahmat dan kasih sayang.
  • Allah SWT suka untuk memberikan hidayah dan rahmat kepada hamba-Nya agar mereka terus kekal berada dalam keimanan.
  • Allah SWT memberikan hidayah kepada setiap  yang dikehendaki-Nya kerana hidayah itu milik-Nya yang mutlak.
  • Tiada jaminan seseorang itu akan kekal berada dalam hidayah Allah SWT kerana mereka boleh terkeluar daripada landasan iman