Amanah terhadap Harta dan Nyawa

1.8

Amanah Terhadap Harta dan Nyawa

 

Surah An-Nisa ayat 29:

 

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَأْكُلُوْٓا اَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ اِلَّآ اَنْ تَكُوْنَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِّنْكُمْ ۗ وَلَا تَقْتُلُوْٓا اَنْفُسَكُمْ ۗ اِنَّ اللّٰهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيْمًا

 

Maksud potongan ayat

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَأْكُلُوْٓا اَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ

Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta kamu sesama kamu dengan jalan yang batil (salah)

اِلَّآ اَنْ تَكُوْنَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِّنْكُمْ

kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakuakn secara suka sama suka antara kamu

وَلَا تَقْتُلُوْٓا اَنْفُسَكُمْ

dan janglanlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri

اِنَّ اللّٰهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيْمًا

sesungguhnya Allah senstiasa mengasihi kamu
 

Islam melarang kita mendapatkan harta secara batil kerana:

  • Melangar perintah Allah SWT.
  • Mendapat dosa dan dimurkai Allah SWT.
  • Menghilangkan keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.
  • Menyebabkan berlakunya kezaliman dan penindasan.
  • Mencetuskan pergaduhan dan permusuhan.
 

Pengurusan harta

Cara yang batil Cara yang betul
  • Mencuri, riba dan rasuah
  • Menipu dalam jual beli
  • Boros dan kedekut
  • Berbelanja secara berhemah
  • Jual beli secara jujur
  • Bekerja secara halal
 

Islam melarang kita  membinasakan diri dan orang lain kerana:

  • Melanggar hak Allah SWT.
  • Membawa kemudaratan kepada diri dan masyarakat.
  • Menggugat keharmonian hidup.
 

Contoh perbuatan tidak menghargai nyawa ialah:

  • Membunuh diri sendiri atau orang lain.
  • Ketagihan rokok dan dadah.
  • Membuang bayi
 

Pengajaran ayat:

Sebagai umat Islam, kita hendaklah:

  • Menghargai harta dengan cara membelanjakannya ke jalan Allah SWT sebagai tanda syukur.
  • Berusaha mendapatkan harta dengan cara yang halal dan diredai Allah SWT seperti berniaga dengan jujur.
  • Menghargai nyawa dan diri dengan menjaga kedua-duanya daripada perkara yang memudaratkan seperti rokok dan dadah.
  • Mewujudkan hubungan baik sesama manusia dengan cara tidak mencederakan dan tidak saling membunuh.