Maksud Potongan Hadis |
إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّن، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّن |
Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. |
وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِير مِنَ النَّاسِ |
Antara kedua-duanya terdapat perkara syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakkan manusia. |
فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِه |
Maka sesiapa yang menghindari perkara syubhah, dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. |
وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ |
Dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhah, maka dia terjerumus ke dalam perkara yang haram. |
كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى |
Seperti pengembala yang mengembala berdekatan kawasan larangan. |
يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ |
Kemungkinan dia akan masuk ke kawasan larangan tersebut. |
أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى |
Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raj itu memiliki kawasan larangan. |
أَلَا وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُه |
Ketahuilah! Sesungguhnya kawasan larangan Allah ialah perkara yang haram. |
أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً |
Ketahuilah! Sesungguhnya dalam tubuh itu ada seketul daging. |
إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُكُلُّهُ |
Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya. |
وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ |
Jika daging itu rosak, maka rosaklah seluruh tubuh, ketahuilah bahawa daging itu ialah hati. |