Kekuatan dan Kekuasaan Allah S.W.T

 

 

3.1

Kekuatan dan Kekuasaan Allah SWT

 

Maksud Al-Qadir

Bahasa Yang Menentukan.
Istilah Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT yang Maha Berkuasa menentukan sesuatu perkara berdasarkan kehendak (aradat) dan ilmunya.
 

Bukti Allah SWT bersifat Al-Qadir:

  • Allah SWT menguasai seluruh alam meliputi  matahari, bulan bintang dan cerakawala.
  • Allah SWT berkuasa menukarkan siang dan malam.
  • Allah SWT berkuasa mencipta langit dan bumi dan juga berkuasa menghancurkan segala yang ada di langit dan di bumi.
  • Allah SWT berkuasa menurunkan mukjizat kepada nabi dan rasul.
  • Allah SWT berkuasa menurunkan hujan dengan sukatan tertentu.
  • Allah SWT berkuasa menghidupkan semula orang yang telah mati.
 

Maksud Al-Qawiy

Bahasa Yang Kuat, Yang Gagah.
Istilah Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT yang maha Kuat dan mempunyai kekuatan yang sempurna.
 

Bukti Allah SWT bersifat Al-Qawiy:

  • Allah SWT berkuasa menurunkan rezeki kepada sesiapa sahaja yang berusaha mencari mengikut cara yang betul.
  • Allah SWT berkuasa mengazabkan yang melakukan dosa dengan azab yang sangat pedih