Panduan daripada Allah S.W.T

 

3.3

Panduan daripada Allah SWT

 

Maksud beriman kepasa kitab Allah SWT

Yakin bahawa Allah SWT menurunkan kitab dan suhuf kepada para nabi dan rasul sebagai panduan hidup manusia.

 

Nama-nama kitab dan penerimanya adalah seperti berikut:

 

Kitab

Rasul

Bahasa

Zabur Nabi Daud AS Siryani
Taurat Nabi Musa AS Ibrani
Injil Nabi Isa AS Ibrani
Al-Quran Nabi Muhammad SAW Arab
 

Maksud suhuf

Kalam Allah SWT yang mengandungi hukum dasar, kata-kata hikmah dan pengajaran kepada manusia.

 

Nabi-nabi yang menerima suhuf adalah seperti berikut:

 

Nabi

Bilangan suhuf

Nabi Musa AS 10
Nabi Ibrahim AS 10
Nabi Idris AS 30
Nabi Sith AS 50
 

Keistimewaan Al-Quran berbanding kitab samawi yang lain:

  • Kandungan Al-Quran lengkap dan mencukupi seluruh aspek kehidupan manusia di dunia dan di akhirat seperti, akidah, syariat dan akhlak.
  • Terpelihara sehingga kiamat. Allah SWT menjamin akan menjaga dan memelihara kesucian Al-Quran.
  • Al-Quran mengesahkan kitab-kitab terdahulu.
 

Tujuan Al-Quran diturunkan:

  • Sebagai petunjuk kepada orang yang bertakwa.
  • Sebagai bukti kerasulan Nabi Muahmmad SAW.
  • Sebagai mukjizat kepada Rasulullah SAW.
 

Penemuan Sains dalam Al-Quran:

  • Proses kejadian manusia.
  • Kulit manusia 
 

Hikmah beriman kepada Al-Quran:

  • Dapat menjaga jiwa, keturunan dan harta kerana Al-Quran melarang perbuatan yang merosakkan seperti membunuh.
  • Dapat meningkatkan keyakinan kepada Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad SAW kerana Al-Quran menjelaskan bahaw Allah mengutuskan nabi sebagai rahmat keseluruh alam.
  • Dapat membantu masyarakat yang berperibadi mulia kerana Al-Quran mengajar manusia perkara yang membawa kebaikan dan melarang melakukan perkara yang membawa keburukan.
  • Merapatkan hubungan persaudaraan sesama Islam dan menjaga hubungan baik dengan bukan Islam.
  • Dapat meningkatkan ekonomi negara kerana Al-Quran mengalakkan manusia bekerja mencari rezeki yang halal.
  • Negara aman dan maju kerana Al-Quran menyeru manusia melakukan perbuatan yang makruf dan menjauhi perbuatan yang mungkar.