Ketaatan Malaikat

 

3.2

Ketaatan Malaikat

 

Maksud beriman kepada malaikat

Yakin bahawa malaikat merupakan makhluk Allah SWT yang dijadikan daripada cahaya. Mereka sentiasa mentaati perintah Allah SWT dan tidak pernah menlangar larangan-Nya.

 

Malaikat

Tugas

JIbril Menyampaikan wahyu kepada para rasul
Mikail Mengurus rezeki, menurunkan hujan dan menumbuhkan tanaman
Israfil Meniup sangkakala
Izrail Mencabut nyawa semua makhluk yang bernyawa
Raqib Mencatat amalan baik manusia
Atid Mencatat amalan jahat manusia
Munkar dan Nakir Menyoal orang yang telah mati
Ridwan Menjaga syurga
Malik Menjaga neraka
 

Tugas-tugas lain malaikat:

  • Menanggung arasy.
  • Mendoakan kesejahteraan dan keampunan kepada orang Islam yang taat.
  • Bertasbih kepada Allah SWT.
  • Menghamparkan sayap kepada orang yang menuntut ilmu.
  • Membisikkan kebaikan ke hati manusia. 
 

Perbezaan antara manusia dan malaikat adalah seperti berikut:

 

Malaikat

Aspek

Manusia

Diciptakan daripada cahaya

Tidak bercinta
Memilik sayap
Fizikal
Diciptakan daripada tanah (Nabi Adam) dan air mani
Bercinta
Tanpa sayap
Tidak bernafsu
Tidak makan dan minum
Tidak mati sehingga kiamat
Sifat
Bernafsu
Makan dan minum
Mati
Sentiasa taat kepada perintah Allah SWT
Menjalankan tanggungjawab tanpa balasan pahala
Tanggungjawab
Ada yang taat dan ada yang engkar kepada perintah Allah SWT
Mendapat pahala dan dosa bagi setiap tindakan
 

Hikmah beriman kepada malaikat:

  • Meningkatkan keimanan kepada Allah SWT kerana menyedari kehebatan-Nya menciptakan malaikat.
  • Mengalakkan seseorang supaya sentiasa memperbanyak amal soleh kerana yakin bahawa malaikat mencatat segala amalan baik.
  • Menambahkan rasa gerun untuk melakukan keburukan kerana yakin bahawa malaikat mencatat segala amalan  buruk dan akan dihisab pada hari kiamat.
  • Menjadikan seseorang sentiasa berwaspada kerana setiap amalan yang dilakukan akan dicatat oleh malaikat.
  • Membentuk peribadi muslim yang sejati dengan cara melakukan suruhan Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.