Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan

 
6.4

Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan

 
  Tujuan Penyediaan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan  
 
  • Merekodkan item pendapatan hasil dan item perbelanjaan hasil.
  • Disediakan untuk mengira lebihan atau kurangan bagi operasi kelab dan persatuan.
  • Selain Akaun Yuran, akaun-akaun yang lain juga perlu diselaraskan bagi mendapatkan jumlah yang sepatutnya dipindahkan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.
 
     
 
Jenis-jenis Pelarasan
  • Susut nilai Aset Bukan Semasa
  • Hasil Belum Terperoleh
  • Hasil Belum Terima
  • Belanja Belum Bayar
  • Belanja Prabayar
 
  Lebihan  
  Jumlah pendapatan hasil melebihi jumlah perbelanjaan hasil.  
     
 
  Kurangan  
  Jumlah perbelanjaan hasil melebihi jumlah pendapatan hasil.  
     
 
  Hasil  
  Pendapatan yang diterima atau yang akan diterima oleh kelab dan persatuan.  
     
 

Dua kategori sumber hasil kelab dan persatuan:

  1. Pendapatan hasil
    • Pendapatan yang diterima daripada aktiviti biasa kelab dan persatuan
    • Cth: Yuran masuk, yuran pertandingan,faedah atas pelaburan dan keuntungan perniagaan yang dikendalikan kelab dan persatuan.
  2. Pendapatan modal
    • Pendapatan yang diterima bukan daripada aktiviti biasa kelab dan persatuan
    • Cth: Jualan Aset Bukan Semasa, derma khas dan peruntukan kewangan daripada kerajaan.
 
  Belanja  
  Wang yang dibayar atau yang akan dibayar oleh kelab dan persatuan.  
     
 

Dua kategori belanja kelab dan persatuan:

  1. Perbelanjaan hasil
    • Perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran sesebuah kelab dan persatuan
    • Cth: Gaji, insurans, belanja am, sewa rumah kelab dan kadar bayaran
  2. Perbelanjaan modal
    • Belanja ubah suai bangunan,pembelian Aset Bukan Semasa dan bayaran guaman.
 
 
  Akaun Perdagangan  
  Tujuan penyediaan untuk menghitung untung atau rugi daripada aktiviti perniagaan. Boleh disediakan dalam bentuk 'T' dan Format Penyata.  
     
 
Komponen Akaun Perdagangan
  • Jualan, belian, belanja pengendalian perniagaan, inventori awal, inventori akhir
 
 

Keuntungan - Dikreditkan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan

Kerugian - Didebitkan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan

 
Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan disediakan dalam bentuk 'T' dan Format Penyata
 
Bentuk T
 
Format Penyata
 
  • Item/butiran yang dikategorikan sebagai pendapatan modal/perbelanjaan modal tidak akan dicatatakan dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.
  • Nilai Item dalam Akaun Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan adalah berdasarkan nilai sebenar yang menepati prinsip pengiktirafan hasil dan belanja
  • Nilai item dalam Akaun Penerimaan dan Pembayaran adalah berdasarkan nilai sebenar yang diterima dan dibayar.